awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pelantikan baharu isi jawatan Pengerusi Felda, video tular palsu - Felda

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/06/2023
12:00 MYT
Tiada pelantikan baharu isi jawatan Pengerusi Felda, video tular palsu - Felda
Felda memaklumkan, tiada sebarang pengumuman rasmi berhubung pelantikan bagi mengisi jawatan yang dilepaskan Idris. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjelaskan poster yang ditular mengenai pelantikan Pengerusi Felda yang baharu adalah palsu.
Menurut satu hantaran di Facebook, Felda memaklumkan sehingga Khamis, tiada sebarang pengumuman rasmi berhubung pelantikan bagi mengisi jawatan yang dilepaskan Tan Sri Idris Jusoh.
"Tiada Tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pelantikan Pengerusi Felda yang baharu sehingga hari ini (22 Jun 2023). Sebaran poster adalah tidak berkaitan," jelas hantaran itu pada Khamis.
Sebelum ini tular sekeping poster yang yang memaparkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dilantik sebagai Pengerusi Felda.
Pada Rabu, Idris mengesahkan pengundurannya sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini, lebih awal dari tarikh sepatutnya Mei tahun depan.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu menjelaskan, beliau menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti baharu.
Idris turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi peluang kepadanya menjawat jawatan berkenaan.
Beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Lembaga Pengarah agensi itu, berkuat kuasa 1 Mei 2020.
Topic Berkaitan
#video tular
#Teresa Kok
#Felda
#pengganti baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan