awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pencemaran sisa ladang babi di Ayer Kuning - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
25/04/2025
03:40 MYT
Tiada pencemaran sisa ladang babi di Ayer Kuning - Mohamad Sabu
Mohamad berkata pihak berkuasa akan terus memantau semua ladang ternakan babi bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang. - Foto fail/BERNAMA
TAPAH: Sembilan ladang ternakan babi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mematuhi peraturan pembuangan sisa dan tidak menyebabkan pencemaran sungai, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak telah menjalankan kajian saintifik berhubung perkara itu.
"Saya diberitahu oleh pakar daripada DVS bahawa sisa dari ladang tersebut dialirkan terlebih dahulu ke dalam kolam dan kemudian mengikut kaedah saintifik, dicerakinkan sebelum dilepaskan ke sungai. Bacaan bahan tercemar yang dibuang ke sungai adalah di bawah 10 (ppm-bahagian per juta), iaitu berada dalam paras selamat.
"Oleh itu, pembuangan sisa dari sembilan ladang ternakan babi ini tidak menyebabkan pencemaran. Kalau ada pihak lain yang mempunyai kajian berbeza, sila kemukakan bukti, kajian pihak kami dalam kawasan DUN Ayer Kuning mendapati tiada pencemaran berlaku," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas majlis makan malam MADANI di Coldstream di sini malam tadi yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Mohamad berkata pihak berkuasa akan terus memantau semua ladang ternakan babi bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang, selain mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku sebarang pelanggaran atau pencemaran.
"Saya tahu isu ini sensitif, terutama melibatkan perasaan pelbagai kaum. Penting untuk kita jelaskan fakta dan jangan sebarkan maklumat yang salah hingga menimbulkan panik dalam kalangan penduduk," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ladang ternakan babi
#pembuangan sisa
#pencemaran sungai
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan