KUALA LUMPUR:Kerajaan belum bercadang memberikan pengecualian duti setem untuk pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak ketika ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengecualian duti setem 100 peratus hanya diberikan ke atas pindah milik di antara suami dan isteri sahaja.
"Kerajaan telah mengumumkan peremitan duti setem sebanyak 50 peratus diberikan ke atas surat cara pindah milik bagi urusan pindah milik harta tanah atas dasar kasih sayang di antara ibu bapa kepada anak atau sebaliknya.
"Hasrat peremitan duti ini diberikan adalah bagi menggalakkan urusan pindah milik harta di antara ibu bapa dan anak dilakukan semasa hidup bagi mengelakkan berlakunya permasalahan tuntutan harta setelah berlaku kematian antara salah satu pihak yang berkenaan.
"Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengurangkan kes tuntutan harta pusaka di mahkamah pada masa akan datang," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai pengecualian duti setem pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak, serta kaedah lain bagi mengelakkan permasalahan bagi pindah milik hartanah.
Tambah Tengku Zafrul, peremitan duti setem tersebut terpakai bagi surat cara pindah milik harta tidak alih yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2020.
Katanya, ia terhad bagi penerima harta tanah yang bertaraf warganegara Malaysia sahaja.
Hasimi Muhamad
Thu Dec 17 2020

TENGKU ZAFRUL: Pengecualian duti setem 100 peratus hanya diberikan ke atas pindah milik di antara suami dan isteri sahaja. -Gambar fail

'Pengasuh tinggal sekejap dalam besen untuk ambil tuala'
Walaupun sedih dengan kejadian itu, dia dan keluarganya tidak menyalahkan wanita yang juga pengasuh anaknya ke atas insiden yang berlaku.
![[SIDANG MEDIA] Ketua Menteri Sabah berkenaan Program Imunisasi COVID-19 [SIDANG MEDIA] Ketua Menteri Sabah berkenaan Program Imunisasi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893621/24668255971614826657021_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Ketua Menteri Sabah berkenaan Program Imunisasi COVID-19

Fenomena alam luar biasa: 'Taufan ruang angkasa' dikesan atas Kutub Utara
Taufan tersebut bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam.

Bersatu bincang keputusan MT UMNO petang ini – Reaksi Felo Penyelidik Ilham Centre
Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, kita bersama Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid.

Durian Musang King dirampas di KLIA
Empat kotak yang dibawa seorang lelaki tempatan itu mengandungi 16 biji buah durian seberat 56 kilogram.

Ringgit dibuka rendah sebanyak 30 bps berbanding dolar AS
Ringgit gagal mengekalkan peningkatannya sewaktu dibuka pada Khamis berikutan diniagakan rendah berbanding dolar AS.

Politik | Bersatu bincang keputusan MT UMNO petang ini
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu kenyataan memaklumkan Mesyuarat Biro Politik Bersatu semalam yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membincangkan surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari lalu.
![[TERKINI] Majlis perasmian Program Imunisasi COVID-19 peringkat Sabah [TERKINI] Majlis perasmian Program Imunisasi COVID-19 peringkat Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893614/24668255681614824091926_640x360.jpg)
[TERKINI] Majlis perasmian Program Imunisasi COVID-19 peringkat Sabah
![[EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew [EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614825546_EbitLiew.jpg)
[EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew
Pendakwah dan usahawan muda berusia 36 tahun ini merasakan bahawa segala kurniaan Tuhan kepada kita harus dimanfaatkan sebaiknya ke jalan kebaikan dan kebenaran.

Niaga AWANI: Robert Walters | Gaji akan pegun, bonus masih ada
Pasaran pekerjaan malaysia dijangka menyaksikan pengambilan pekerja yang perlahan dan konservatif pada 2021. Menurut edisi ke 22, Tinjauan Gaji Malaysia 2021 terbitan agensi pengambilan pekerja Robert Walters ini mengekori trend pada 2020 dan dijangka berterusan pada separuh pertama 2021. Pengarah, Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan, Sumber Manusia dan Undang-Undang, Robert Walters Malaysia, Raja Ahmad Muzamir berkongsi dengan Editor, Rizal Zulkapli tentang trend pengambilan pekerja, dan bagaimana pekerja boleh bersedia untuk 2021.

Tiada pengecualian duti setem untuk pindah milik hartanah ibu bapa kepada anak
Tambah Zafrul, peremitan duti setem tersebut terpakai bagi surat cara pindah milik harta tak alih yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2020.

Krisis tanah Felda, audit bermula esok - Shahrir
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata audit ini akan memastikan pihak yang terlibat dengan salah laku tidak akan terlepas.

Isu tanah Felda: Polis buka kertas siasatan, panggil pengadu, pegawai Felda
Tan Sri Noor Rashid Ibrahim hari ini memberitahu Astro AWANI, pihaknya kini sedang mendapatkan pengadu untuk dirakam percakapan serta beberapa individu lain.

Pindah milik tanah Felda: Tiada unsur rasuah, hanya kelemahan tadbir urus - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes pindah hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, di sini bernilai RM270 juta.