awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
Suspek kes letupan di Nilai direman seminggu
Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pengumuman rasmi tarif 100 peratus AS ke atas cip, siasatan masih berjalan - Tengku Zafrul

Nina Rozman
Nina Rozman
08/08/2025
16:03 MYT
Tiada pengumuman rasmi tarif 100 peratus AS ke atas cip, siasatan masih berjalan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, Malaysia telah berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di AS dan mengesahkan bahawa belum ada sebarang keputusan formal dikeluarkan mengenai tarif tersebut.
OSAKA: Malaysia belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengenakan tarif import sebanyak 100 peratus ke atas cip semikonduktor.
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kenyataan Trump yang dibuat semasa pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook baru-baru ini belum disokong oleh sebarang arahan eksekutif atau keputusan dasar yang sah.
“Tiada arahan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden (Trump).
“Setakat ini, apa yang kita dengar hanyalah kenyataan yang dibuat beliau dalam pertemuan bersama Presiden dan CEO Apple, Tim Cook,” katanya kepada media Malaysia di Pavilion Malaysia sempena Expo Dunia Osaka 2025.
Tambah beliau, Malaysia telah berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di AS dan mengesahkan bahawa belum ada sebarang keputusan formal dikeluarkan mengenai tarif tersebut.
“Kita telah semak dengan rakan sejawat kami di AS dan tiada keputusan rasmi lagi. Siasatan di bawah Seksyen 232 juga masih berjalan,” jelas beliau.
Seksyen 232 merujuk kepada peruntukan undang-undang perdagangan AS yang membenarkan kerajaan mengenakan sekatan import atas alasan keselamatan negara.
Kenyataan Trump sebelum ini mengenai cadangan tarif 100 peratus terhadap cip semikonduktor mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penggiat industri global, memandangkan langkah sebegitu mampu menjejaskan rantaian bekalan teknologi sedunia dan menaikkan kos pengeluaran.
Malaysia, sebagai antara pengeksport utama komponen semikonduktor dan pemain penting dalam rantaian nilai elektronik dunia, dijangka memantau rapat perkembangan ini bersama negara-negara pengeluar lain.
Topic Berkaitan
#tarif AS
#semikonduktor
#Donald Trump
#arahan eksekutif
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan