awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
Polis tahan tiga individu, rampas senjata api, amunisi tanpa lesen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada peningkatan tahap radio aktif di perairan Malaysia

Bernama
Bernama
04/12/2023
12:59 MYT
Tiada peningkatan tahap radio aktif di perairan Malaysia
Gambar fail menunjukkan petugas mengukur tahap radiasi ikan yang diimport dari Jepun ketika menjalankan pemeriksaan radioaktiviti di sebuah pasar di Seoul. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Hasil pemantauan melalui Sistem Pemantauan Air Spektrum Gamma (GSWMS) yang dipasang di perairan negara dalam tempoh 1 Okt hingga 30 Nov lepas mendapati tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan Malaysia.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata pemantauan itu dilaksanakan susulan pelepasan air terawat oleh kerajaan Jepun dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.
Beliau berkata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah membuat kesimpulan bahawa pendekatan dan aktiviti untuk melepaskan air dirawat Advanced Liquid Processing Systems (ALPS) adalah konsisten dengan piawaian keselamatan antarabangsa yang berkaitan.
"IAEA dalam dapatannya melaporkan bahawa pelepasan air terawat ke laut adalah terkawal, dilakukan secara berperingkat dan mempunyai kesan radiologi yang boleh diabaikan kepada manusia dan alam sekitar.
"Namun begitu, sebagai langkah proaktif memastikan perairan Malaysia tidak terjejas, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Jabatan Tenaga Atom melaksanakan pemantauan aras keradioaktifan di perairan negara secara berterusan melalui GSWMS yang dipasang di perairan negara di Jeti Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong yang bertanyakan mengenai status dan impak terhadap sebarang peningkatan paras radioaktif di perairan negara berikutan pelepasan air radioaktif dirawat daripada loji nuklear Fukushima yang menimbulkan kebimbangan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelepasan air loji nuklear
#Malaysia
#Fukushima
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan