Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menepis dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) telah melepaskan pegangan aset dan ekuiti strategik berjumlah RM2.6 bilion.
"Mana ada syarikat lepaskan (aset dan ekuiti) RM2.6 bilion dalam tempoh tiga bulan, melainkan ia akan menimbulkan panik kepada pasaran," katanya berhubung dakwaan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kononnya TH telah menjual aset strategik bernilai RM2.6 bilion termasuk pegangan saham dalam Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Mujahid berkata dakwaan sedemikian hanya akan menjejaskan institusi Islam berkenaan.
"TH sudah berada pada landasan tepat setelah setahun kita pulihkan, takkan la hendak buat perkara yang jejaskan reputasinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2019 di sini, hari ini.
TH dalam kenyataannya semalam turut menegaskan tidak pernah menjual ekuiti berjumlah RM2.6 bilion termasuk keseluruhan pegangan saham TH dalam TNB bernilai RM1.8 bilion.
TH sebaliknya berkata, sepanjang 2019, nilai ekuiti domestiknya meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada akhir 2018, kepada RM7.48 bilion setakat 27 Sept, 2019.
Mujahid berkata, tindakan pihak menyerang TH dengan kenyataan tidak benar untuk memburukkan kerajaan ibarat Lebai Malang, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Beliau juga memberi tempoh selama seminggu kepada Asyraf Wajdi untuk meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya jika tidak mahu tindakan tegas diambil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 01 2019

Mujahid berkata dakwaan sedemikian hanya akan menjejaskan institusi Islam berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI

PERMAI | Moratorium, pinjaman & i-Sinar
Kita bersama Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob, Pensyarah Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi perincian serta pandangan beliau.

PERMAI | Pakej Bantuan PERMAI talian hayat rakyat
Untuk mengulas lanjut bersama ditalian ketika ini Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, Universiti Utara Malaysia.

AWANI Pagi: PKP2.0 tidak menghalang Aina, Naim lancar lagu dan album baharu
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak menghentikan semangat dan peracangan artis muda untuk terus memberikan hiburan kepada orang ramai. Bagi penyanyi muda popular Aina Abdul dan Naim Daniel, mereka masing-masing akan melancarkan single dan album tidak lama lagi.

Banjir Sabah: Pertambahan mangsa banjir di Beaufort, satu PPS dibuka
Jumlah mangsa banjir di 10 daerah terjejas di Sabah menunjukkan peningkatkan kepada 895 setakat pagi Selasa.

Niaga AWANI: Adakah PERMAI jawab kekhuatiran rakyat, perniagaan?
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

AWANI Pagi: Terjejas akibat COVID-19 bukan penghalang buat Naim, Aina
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak menghentikan semangat dan peracangan artis muda untuk menggunakan masa yang ada untuk berkreativiti mencipta lagu baru. Bagi penyanyi muda popular Aina Abdul dan Naim Daniel, mereka masing-masing akan melancarkan single dan album tidak lama lagi.

Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Tatau ditemukan putus tangan, patah kaki
Seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di sungai di Kampung Hilir, Tatau ditemui tidak brnyawa pada tengah malam Selasa.

EPL: Arteta jangka gol berganda tingkat keyakinan Aubameyang
Aubameyang menjaringkan gol dalam pertemuan keempat berturut-turut dengan Newcastle dalam kesemua kejohanan selepas turut menjaringkan gol pembukaan dalam kedua-dua pertemuan EPL musim lalu.

AWANI Pagi: Survival artis muda saat pandemik dan PKP
Antara artis muda yang menggunakan platform media sosial untuk kekal relevan adn terus menghiburkan para peminat mereka. Untuk bercerita berkenaan survival artis muda saat pandemik dan PKP kita bersama dua penyanyi muda, Aina Abdul dan Naim Daniel.

Sasaran Liverpool makin tersasar
Liverpool sudah seakan-akan kehilangan bisa mereka sejak waktu Krismas dan kini sekadar menduduki tangga keempat liga selepas seri 0-0 dengan Manchester United awal pagi tadi.

2,000 anggota Skuad Sabil dikerah bantu mangsa banjir - Pemuda UMNO
Gerak kerja Skuad Sabil akan diselaraskan bersama dengan Pemuda UMNO negeri dan Skuad Sabil negeri.

Ahli UMNO Larut diperdaya sertai Bersatu - Saarani
Kata Saarani, tindakan Bersatu Bahagian Larut itu nyata menunjukkan ia mencuri ahli-ahli UMNO sebagaimana dikatakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini.

UMNO Padang Rengas umum tidak akan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15
UMNO akan bertumpu kepada pemerkasaan Muafakat Nasional bersama Pas.

Tiada sebab Asyraf Wajdi perlu mohon maaf, beliau ada bukti - Shahril
Shahril Sufian yakin Asyraf mempunyai bukti kukuh dan bersedia kemukakan dalam soal bayaran dan habuan jika tindakan mahkamah dikenakan.

i-Sinar: Mudahkan saja, jangan risikokan rakyat dengan COVID-19 - Asyraf Wajdi
Tidak wajar mendedahkan rakyat kepada risiko COVID-19 hanya kerana bersesak ke cawangan KWSP untuk tujuan rayuan dan serahan dokumen.

Bersatu nafi 'beli' atau 'curi' ahli UMNO, gesa Asyraf Wajdi mohon maaf - Wan Saiful
Wan Saiful menegaskan, perkara itu adalah tidak benar sama sekali selain menyifatkan ia adalah tuduhan liar tanpa bukit yang kukuh.

Batal projek HSR: Kegagalan besar tahun 2021 - Pemuda UMNO
Asyraf berkata, perkara itu nyata telah menongkah arus tren pembangunan ekonomi semasa negara-negara jiran di rantau ini.

Henti segera 'curi', 'beli' ahli UMNO jika mahu terus bekerjasama - Asyraf Wajdi
Asyraf berkata tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.

Kali terakhir status halal kilang bekal daging ayam China diperiksa 2016 - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO turut terima maklumat Jabatan Pemeriksaan Veterinar (DVS) tidak pernah mengeluarkan permit import (AP) untuk produk ekor lembu.

Tubuh pasukan khas jejaki dalang kartel daging import - Asyraf Wajdi
Majoriti tidak sedar pensijilan halal dan penguatkuasaan membabitkan makanan halal terletak di bawah bidang kuasa agensi yang berbeza-beza.