awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
31/01/2024
15:48 MYT
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.
Syarikat itu dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada Rabu berkata demikian susulan dakwaan portal media yang menyatakan bahawa sukan itu akan dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2026.
Malah, portal itu turut menyebut bahawa pihak PETRONAS merancang untuk mengembalikan sukan lumba eksklusif itu dalam satu townhall atau taklimat yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif serta Presiden, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz pada Selasa.
Kenyataan media oleh Petronas
Kenyataan media oleh Petronas
Bagaimanapun, portal tersebut melaporkan bahawa sumber daripada mesyuarat itu tidak mahu dikenali kerana tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan rasmi.
Tahun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan bahawa kos untuk menganjurkan Formula 1 adalah amat besar dan kerajaan masih belum dapat melakukannya.
Topic Berkaitan
#Petronas
#Perlumbaan F1
#Formula 1
#Litar Antarabangsa Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan