awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet - TPM Fadillah

Bernama
Bernama
30/05/2023
02:10 MYT
Tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, belum ada perbincangan mengenai rombakan Kabinet. - Gambar BERNAMA
BRUSSELS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, belum ada perbincangan mengenai rombakan Kabinet.
"Saya belum mendengar mengenainya. Tiada perbincangan tentang perkara itu. Itu adalah prerogatif (hak mutlak) Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya ketika ditanya mengenai desas-desus mengenai kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet.
"Saya orang bekerja. Saya menurut perintah," kata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, kepada Media Malaysia di sini, hari ini
Beliau sebaliknya menegaskan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited dan fokus untuk memastikan kerajaan yang kukuh dan stabil.
"Kami dari GPS telah memberikan komitmen dan apa yang kami perlukan sekarang ialah kerajaan yang kuat dan stabil."
"Tanpa kestabilan, kita tidak boleh mengubah prestasi ekonomi, pelabur tidak akan datang kerana tiada dasar yang jelas, tiada kesinambungan dari segi kerajaan," katanya.
Hanya kestabilan politik dan tadbir urus yang baik akan menarik kedatangan pelabur, kata Fadillah yang merupakan Ketua Whip GPS di Parlimen.
"Ini perkara terpenting buat Sarawak dan ia merupakan komitmen kami dalam Kerajaan Perpaduan ," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#Kabinet Kerajaan Perpaduan
#PM Anwar Ibrahim
#TPM Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan