awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perbincangan rasmi antara PN, GTA hadapi PRU15 - Hamzah

Bernama
Bernama
25/10/2022
16:37 MYT
Tiada perbincangan rasmi antara PN, GTA hadapi PRU15 - Hamzah
Hamzah berkata, pimpinan PN belum membuat keputusan sama ada perbincangan terbabit boleh dijalankan secara rasmi atau sebaliknya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata gabungan berkenaan belum mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Secara rasmi belum ada tetapi antara wakil-wakil mungkin ada, risik merisik itu biasa dalam politik buat masa ini. Pihak atasan belum buat keputusan sama ada perbincangan ini boleh dijalankan secara rasmi," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perbincangan antara PN dan GTA bagi menghadapi PRU15.
Beliau ditemui selepas hadir majlis pelancaran duit syiling peringatan sempena Ulang Tahun Jubli Emas Jabatan Sukarelawan (RELA) ke-50 di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas Timbalan Pengerusi Penaja GTA Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan gabungan parti politik tertentu untuk melihat sama ada kerjasama boleh dilaksanakan ataupun tidak.
Mukhriz dilaporkan berkata pihaknya terbuka untuk bergabung sama ada dengan PN atau Pakatan Harapan.
GTA merangkumi Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Ikatan India Muslim Nasional (Iman).
Sementara itu, mengulas mengenai permohonan penubuhan GTA yang dikatakan tidak diluluskan, Hamzah berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Perikatan Nasional
#GTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan