KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan tiada perjalanan rasmi ke luar negara dibuat oleh tiga duta khas yang dilantik kerajaan.
Menteri di JPM (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata kesemua mereka turut menerima emolumen berjumlah RM27,227.20.
"Berdasarkan kontrak perkhidmatan yang telah dimuktamadkan, emolumen yang diterima oleh kesemua duta khas ini adalah RM27,227.20.
"Mereka juga ditawarkan beberapa kemudahan lain seperti kemudahan telefon bimbit, kenderaan, pemandu dan pejabat," katanya menerusi jawapan lisan ke Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) yang meminta Perdana Menteri menyatakan perbelanjaan emolumen, elaun serta perjalanan rasmi setiap duta khas bertaraf Menteri yang dilantik Kerajaan sejak April 2020.
Menurut Dr Abd Latiff, terdapat tiga Duta Khas kepada Perdana Menteri yang dilantik kerajaan sejak April 2020 iaitu Duta Khas Ke Timur Tengah, Duta Khas Ke Republik Rakyat China dan Duta Khas Ke Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
Mesyuarat Kabinet pertama pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berlangsung pada 1 September 2021 bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah; Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Dec 02 2021

Berdasarkan kontrak perkhidmatan yang telah dimuktamadkan, emolumen yang diterima oleh kesemua duta khas ini adalah RM27,227.20.

Durian premium di Pulau Pinang pada harga mampu milik bulan depan
Pada masa ini hanya Pulau Pinang yang mempunyai lebih banyak bekalan buah itu di pasaran sejak awal bulan ini.

'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.

Isu Palestin-Israel | Dunia perlu hukum Israel ekoran kekejamannya
Dunia seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap rejim zionis atas kekejaman dilakukan kepada penduduk Palestin.Demikian tegas Jurucakap Khas mengenai Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francessca Albenese.

Perniagaan Francais | KPDNHEP mohon peruntukan tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memohon tambahan peruntukan dari kerajaan bagi membangunkan perniagaan francais. Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ini bagi merancakkan lagi bidang itu yang memiliki potensi membantu perniagaan mikro.

Pendidikan | Tangani masalah keciciran murid
NGO Pendidikan Untuk Malaysia menerima 1,541 laporan murid cicir di seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun NGO berkenaan hanya berupaya membantu 343 kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bintang 'Goodfellas' Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur
Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika sedang menjalani penggambaran filem "Dangerous Waters" di Republik Dominican, pada Khamis.

Ballon d'Or: Mane sedih pemain Afrika kurang diiktiraf
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah itu sejak 2008.

WEF 2022 | Kesediaan dunia laksana ESG, depani cabaran teknologi
Inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) merupakan asas penting dalam pelaksanaan sama ada di peringkat kerajaan mahupun perniagaan. Di sebalik mengaplikasi ESG, terdapat juga cabaran-cabaran lain yang perlu ditempuh. Editor Niaga AWANI, Najib Aroff ada perincian dari Davos, Switzerland sempena Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2022.

Ekonomi | Inflasi meningkat, perlu penyelesaian menyeluruh
Pakar Ekonomi MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli mengulas isu inflasi serta strategi penyelesaiannya.

RUU Antilompat Parti: PH gesa segerakan Sidang Khas Parlimen
Selain RUU, mereka juga menggesa Sidang Khas Parlimen membincangkan permasalahan dihadapi rakyat ketika ini.

PBM maklum hasrat Zuraida sertai parti - Naib Presiden
Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengesahkan Pejabat Setiausaha Agungnya menerima maklum hasrat Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai parti itu.

Hormat keputusan Zuraida - Annuar
Semua pihak perlu menghormati keputusan dan pendirian Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan menyertai PBM, kata Tan Sri Annuar Musa.

Jawatan Zuraida sebagai MPT Bersatu tergugur serta-merta - Hamzah
Jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tergugur dengan serta-merta selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini.

Zuraida Kamaruddin letak jawatan menteri, umum tinggalkan Bersatu sertai PBM
Zuraida turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Rusia pertimbang RUU benarkan golongan profesional sertai tentera
Menurut laman web tersebut, bagi penggunaan, pengendalian dan peralatan senjata ketepatan tinggi, golongan pakar yang profesional amat diperlukan.

KRPPM sedia bekerjasama, pastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik sedia mengadakan pertemuan dan menjalin kerjasama dengan kerajaan bagi memastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen

Ahli Parlimen Labuan sekali lagi mohon batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli sekali lagi memohon untuk membatalkan pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.

Parlimen Jepun lulus RUU pertingkat perlindungan terhadap wanita
Parlimen Jepun meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk memperkasa kebajikan dan melindungi kaum wanita yang miskin dan yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan seksual, lapor Sputnik

Kertas siasatan kes polis iring anak ahli Parlimen diserah kepada TPR
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM di Jalan Bukit Gambir.