awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily

Bernama
Bernama
09/07/2024
13:04 MYT
Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily
Mohd Shuhaily berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan. - Bernama
JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai perkembangan terbaru berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
"Belum ada perkembangan (terbaru). Ingin saya tekankan, tiada kemas kini tapi bukan bermakna kita menghentikan siasatan.
"Dengan komitmen yang ditunjukkan pegawai-pegawai saya dalam kes lain juga, kita tidak pernah berhenti (siasat). Cuma perkembangan itu mungkin tidak sepertimana yang orang ramai harapkan kerana buat masa ini kita bergantung kepada risikan," katanya pada sidang media bersama PDRM dan Singapore Police Force (SPF) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.
Belum ada perkembangan siasatan kes Faisal Halim
Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim, 26, menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Kuala Lumpur menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#kes simbah asid
#siasatan
#polis
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan