awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada permohonan murid antarabangsa ke SMPC ditolak bagi tempoh Jun-Ogos

Bernama
Bernama
16/09/2023
02:50 MYT
Tiada permohonan murid antarabangsa ke SMPC ditolak bagi tempoh Jun-Ogos
KPM mengambil perhatian laporan media mengenai isu yang dibangkitkan berkaitan pengambilan murid antarabangsa di SMPC.
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang surat penolakan dikeluarkan bagi mana-mana permohonan pengambilan murid antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) bagi tempoh Jun hingga Ogos 2023.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan Bahagian Pendidikan Swasta telah menerima sebanyak 25 permohonan kemasukan murid antarabangsa dalam tempoh sama, dan kesemua permohonan tersebut dalam penelitian, selain sekolah terlibat telah dimaklumkan mengenainya.
"KPM mengambil perhatian laporan media mengenai isu yang dibangkitkan berkaitan pengambilan murid antarabangsa di SMPC.
"Penelitian menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan Dasar Pengoperasian SMPC yang sedang dalam proses semakan," menurut kenyataan kementerian itu, hari ini.
Menurut KPM, kemasukan murid antarabangsa sentiasa dialu-alukan selaras dengan hasrat menjadikan negara sebagai hab pendidikan antarabangsa dan dalam masa yang sama KPM bertanggungjawab memastikan setiap prosedur yang ditetapkan dipatuhi.
Baru-baru ini, media melaporkan dakwaan terdapat kira-kira 28 permohonan pengambilan murid antarabangsa di sebuah SMPC di Perak telah ditolak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Bahagian Pendidikan Swasta
#murid antarabangsa
#Sekolah Menengah Persendirian Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan