awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pihak tertinggal dalam terima bantuan - Rina Harun

Bernama
Bernama
17/04/2020
15:16 MYT
Tiada pihak tertinggal dalam terima bantuan - Rina Harun
Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sudah lebih 260,000 bakul makanan dan pelbagai bantuan lain disalurkan sejak PKP fasa pertama dilaksanakan. - Astro AWANI/ Shahir Omar
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjelaskan tidak ada pihak yang dilupakan atau tertinggal dalam mendapat bantuan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sudah lebih 260,000 bakul makanan dan pelbagai bantuan lain disalurkan sejak PKP fasa pertama dilaksanakan.
"Agihan dilakukan melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh Malaysia," katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan kepada penghuni Pertubuhan Kebajikan Al-Fattah di Semenyih pada Jumaat.
Rina mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh yang mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 54 kawasan Parlimen pembangkang yang masih belum menerima sebarang bantuan daripada JKM.
"Saya ada nampak juga kenyataan Ahli Parlimen itu yang dekat Seremban, Negeri Sembilan kosong (tiada bantuan disalurkan) sedangkan baru saja saya lakukan agihan di Seremban," kata Rina.
Seramai 12 penghuni Pertubuhan Kebajikan Al-Fattah menerima sumbangan selepas hampir terputus bekalan makanan akibat PKP.
"Bukan di sini saja malah terdapat beberapa lagi pusat kebajikan yang hampir terputus bekalan makanan kerana sebelum ini mereka mendapat bantuan daripada badan bukan kerajaan, individu atau syarikat.
"Kita faham, dengan PKP ini pihak pemberi bantuan alami kekangan untuk menyumbang dan tentang situasi ini, kita bantu dengan menyalurkan peruntukan," katanya.
Antara sumbangan adalah penutup hidung dan mulut, barangan keperluan diri, dua unit kerusi roda dan alat pemeriksaan tekanan darah tinggi.
Di samping itu, mereka turut menerima sumbangan daripada inisiatif Geran Rangsum sebanyak RM8,200 sebagai bantuan kepada pusat jagaan menyediakan makanan bagi penghuninya sepanjang tempoh PKP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan
#Datuk Seri Rina Mohd Harun
#jkm
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat KPWKM
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan