IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan dakwaan beberapa penjaja di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo bahawa pihaknya bersikap berat sebelah serta pilih bulu dengan menawarkan hanya penjaja tertentu di lokasi baharu.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya tetap berpegang pada janji untuk menempatkan para penjaja di lokasi baharu dikenali sebagai 'Saji Sejahtera@Polo'.
Bagaimanapun jelasnya, kekangan kawasan menyebabkan MBI tidak dapat memindahkan atau menawarkan lokasi baharu kepada semua, termasuk peniaga baharu.
Katanya lagi, keutamaan diberikan kepada penjaja lama dan penjaja tegar memandangkan MBI telah pun membuat kajian serta bancian sekitar tiga hingga lima tahun lalu.
Justeru, penjaja baharu dimasukkan dalam senarai simpanan.
"MBI masih berpegang pada janji yang lalu untuk memindahkan peniaga tanpa lesen ke lokasi baru yang terletak tidak jauh dari lokasi ketika ini.
"Lokasi baru dijangka siap sepenuhnya dalam bulan Februari ini, dikenali sebagai ‘Saji Sejahtera@Polo’.
"Sekiranya penjaja lama yang ditawarkan menolak atau tidak lagi menjalankan perniagaan, penjaja baharu dalam senarai simpanan akan ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan menjelaskan perkara tersebut.
Dalam pada itu, Rumaizi turut menepis dakwaan bahawa penjaja air tidak dibenarkan atau ditawarkan untuk menjalankan perniagaan di lokasi baharu nanti.
"Ia kurang tepat di mana lokasi baharu nanti penjaja yang menjual minuman turut ditawarkan.
"Dari rekod MBI, penjaja yang berniaga di Padang Polo datang dari pelbagai kawasan seperti Tanjung Rambutan, Meru, Desa Aman, Chemor, Manjoi malah ada yang datang dari luar kawasan Majlis.
"Tiada istilah penjaja dari Taman Cempaka atau Meru diberi pilihan.
"Sehingga kini tiada lagi mana-mana peniaga, penjaja di Padang Polo ditawarkan secara rasmi untuk berpindah ke kawasan lokasi baru seperti yang didakwa," katanya lagi.
Tegasnya lagi, MBI sentiasa berusaha membantu penjaja kecil di sekitar bandar raya itu termasuk di Padang Polo.
Namun menurutnya, bilangan penjaja tanpa lesen yang semakin bertambah saban waktu pasti menyukarkan usaha menempatkan mereka di kawasan yang sesuai.
Baru-baru ini media melaporkan, beberapa penjaja di Padang Polo mendakwa keputusan untuk menempatkan kesemua mereka ke lokasi baharu seperti yang dijanjikan sebelum ini, hanya tinggal janji.
Menurut salah seorang penjaja, Muhd Amirrudin Yahaya, hanya penjaja terpilih sahaja akan berniaga di tapak baharu yang lokasinya berdekatan Padang Polo, selebihnya masih tidak diberikan sebarang jawapan dari MBI.
Dakwanya, ia bertentangan dengan perjumpaan yang diadakan bersama pihak MBI sebelum ini bahawa kesemua peniaga akan dipindahkan ke lokasi baharu.
Dalam pada itu, Muhd Amirrudin berkata, turut tular di laman Facebook bahawa, penjaja dari Taman Cempaka dan Meru turut diberi ruang untuk berniaga di lokasi baharu.
Sedangkan, katanya, ia sebelum ini memang dikhaskan untuk menyelesaikan isu penempatan penjaja Padang Polo, sekali gus mengurangkan kesesakan di situ.
Aida Aziz
Thu Feb 01 2024
Situasi peniaga di sekitar Padang Polo. Sesetengah pihak mendakwa hanya penjaja terpilih akan berniaga di tapak baharu di lokasi berdekatan, selebihnya masih belum diberi jawapan oleh MBI. - Foto Astro AWANI
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Tidak pernah ber'dating', Raja Permaisuri Agong kenang cinta 'padang polo'
Titah Raja Permaisuri Agong, disebabkan ayahanda baginda terlalu tegas, baginda tidak pernah keluar berjanji temu dengan Tuanku Agong.