awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan bom di Mesir - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2017
06:04 MYT
Tiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan bom di Mesir - Wisma Putra
Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Gereja Koptik Mar Girgis di Tanta dan Kathedral Koptik Ortodoks Saint Mark di Alexandria pada 9 April 2017. - Foto REUTERS
Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera di dalam insiden serangan bom di dua buah gereja Kristian Koptik di Tanda dan Iskandariah, Mesir, semalam.
Walau bagaimanapun, kementerian tersebut melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan berkenaan kejadian yang mengorbankan 47 orang dan mencederakan 137 orang itu.
“Kementerian Luar Negeri mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di Mesir supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan keselamatan mereka,” menurut Wisma Putra dalam kenyataannya, hari ini.
Dalam pada itu, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut serta merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Mesir terutama keluarga dan mangsa yang terlibat dalam insiden itu.
Serangan bom pertama yang berlaku di Gereja Koptik Mar Girgis, Tanta itu telah meragut 29 nyawa dan mencederakan 71 orang, manakala serangan bom kedua di Kathedral Koptik Ortodoks Saint Mark, Iskandariah pula telah meragut 18 nyawa dan mencederakan 66 orang.
Susulan kejadian ini, kerajaan Mesir telah mengisytiharkan darurat di negara berkenaan.
Topic Berkaitan
#gereja
#Iskandariah
#Kristian Koptik
#Mesir
#serangan bom
#Tanta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan