awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan pengganas di Istanbul - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2016
06:59 MYT
Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan pengganas di Istanbul - Wisma Putra
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi di republik itu.
Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian serangan pengganas di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, yang meragut 36 nyawa dan mencederakan 147 orang, kata Wisma Putra.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut serta merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Turki terutama keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut.
"Malaysia menganggap tindakan keganasan ini tidak berperikemanusiaan dan berharap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
"Sehingga kini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini," kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi di republik itu.
"Kementerian ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Turki hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Turki," kata Wisma Putra.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Serangan bom lapangan terbang Istanbul
BACA: 36 maut dalam serangan di lapangan terbang Istanbul
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara atau Wisma Putra di Ankara 58, Mahatma Gandhi Caddesi Gaziosmanpasa Cankaya 06700 ANKARA atau menghubungi nombor telefon +(90)312-4463547; +(90)312-4463548.
Topic Berkaitan
#Istanbul
#Kedutaan Besar Malaysia
#lapangan terbang ataturk
#serangan bom
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan