Tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam serangan menggunakan trak di Stockholm, Sweden tengah hari semalam, kata Wisma Putra.
Dalam kenyataan yang mengesahkan tentang perkara itu di sini hari ini, Kementerian Luar Malaysia berkata Kedutaan Malaysia di Karlavagen 37 juga menasihati rakyat negara ini supaya melaporkan tentang keadaan mereka serta mengelak daripada berada di jalan raya yang sering mengalami kesibukan di Stockholm.
Bagaimanapun, menurut kementerian itu, pihak berkuasa Stockholm belum mengumumkan kewarganegaraan mereka yang menjadi mangsa dalam serangan itu.
Stockholm diletakkan dalam kawalan ketat selepas sebuah trak yang dirampas, merempuh sebatang jalan raya dipenuhi pejalan kaki berhampiran Ahlens, sebuah pusat beli-belah utama di Stockholm.
Menurut laporan, sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 15 cedera dan seorang suspek ditangkap berhubung serangan itu, yang berlaku di Drottninggatan, di bahagian tengah Stockholm.
Perdana Menteri Sweden Stefan Lofven menyifatkan kejadian itu sebagai serangan ganas.
"Serangan ini nampaknya menggunakan modus operandi sama seperti dalam serangan di Nice dan Berlin tahun lepas serta kejadian dahsyat di jambatan Westminster beberapa minggu lepas apabila kenderaan digunakan untuk melakukan serangan.
"Orang ramai dinasihati supaya mengelak daripada berada di pusat bandar untuk sementara waktu," kata Wisma Putra.
Menurut Wisma Putra, bagi mendapatkan maklumat lanjut atau melaporkan sebarang perkara kecemasan, orang ramai boleh menghubungi kedutaan itu melalui talian +46 (8) 440 8400 atau ibu pejabatnya melalui talian 603-88874570 atau 60388892746. -- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017
Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 15 cedera dan seorang suspek ditangkap berhubung serangan pada 7 April yang berlaku di Drottninggatan, di bahagian tengah Stockholm. Gambar fail REUTERS
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Tiada rakyat Malaysia mangsa serangan guna trak di Stockholm - Wisma Putra
Kedutaan Malaysia di Karlavagen 37 juga menasihati rakyat negara ini supaya melaporkan tentang keadaan mereka serta mengelak daripada berada di jalan raya yang sering mengalami kesibukan.