awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden tembakan di masjid Oman

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/07/2024
06:20 MYT
Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden tembakan di masjid Oman
Wisma Putra memberitahu, kedutaan terus memantau rapat perkembangan insiden itu dan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi konsular.
PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang berdaftar di negara itu selamat susulan insiden tembakan yang berlaku berhampiran sebuah masjid di kawasan Wadi Al Kabir, Muscat, Oman pada Selasa lalu.
Wisma Putra memberitahu, kedutaan terus memantau rapat perkembangan insiden itu dan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi konsular.
"Malaysia tetap dengan pendirian yang menolak segala bentuk jenayah dan ekstremisme keganasan serta menyeru agar pelaku dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Wisma Putra turut menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Oman dan kerajaan Kesultanan Oman.
Insiden itu menyebabkan sembilan individu terbunuh, termasuk seorang anggota polis dan tiga suspek yang melakukan serangan, manakala 28 orang lagi cedera.
Untuk maklumat atau pentanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Muscat di talian +(968) 2469 8329, +(968) 7159 2388 atau e-mel [email protected].
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#tembakan
#Oman
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan