awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rancangan nafikan hak mereka yang enggan ambil vaksin - Khairy

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
28/02/2021
15:14 MYT
Tiada rancangan nafikan hak mereka yang enggan ambil vaksin - Khairy
Khairy yakin 'snowball' effect akan membantu meyakinkan orang ramai. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada perancangan untuk menafikan hak mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin berkata, biarpun masih terdapat keraguan dalam kalangan orang ramai, beliau yakin snowball effect akan membantu meyakinkan mereka.
"Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sentiasa terbuka. Kalau seorang individu dapat appointment tetapi batalkan, kemudian dia terbuka hati untuk ambil suntikan selepas itu, dia masih boleh lakukannya.
"Setakat ini tak ada perancangan untuk sekat atau nafikan hak mereka yang tidak ambil vaksin, seperti tak boleh keluar melancong atau bekerja. Tetapi jika keadaan memaksa, maka kita perlu cari penyelesaian yang lebih komprehensif.
"Tetapi saya yakin kita belum sampai ke tahap itu lagi. Kita sekarang masih di peringkatkan meyakinkan orang ramai dengan maklumat yang tepat dan menyeluruh berkenaan vaksin.
"Saya juga yakin apabila makin ramai yang telah disuntik, bercerita yang mereka tidak ada sebarang kesan sampingan, snowball effect itu akan membantu memberi keyakinan kepada orang ramai," jelasnya dalam sesi Zoom bersama pengamal perubatan MedTweetMY, malam ini.
Khairy menambah, setakat ini juga belum ada sebarang undang-undang dirancang untuk membendung gerakan anti vaksin, namun ordinan baharu digubal untuk memudahkan tindakan diambil terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.
"Kita tidak sasarkan kepada gerakan anti vaksin, sebaliknya ordinan ini adalah berkenaan berita yang disebarkan. Kalau berita itu palsu, kita akan ambil tindakan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#Khairy Jamaluddin
#undang-undang
#snowball effect
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan