Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kerajaan tidak pernah meminggir atau menganaktirikan mana-mana sekolah yang berada di bawah kawal seliaannya.
Peruntukan yang diluluskan pada setiap tahun telah diagihkan sama rata mengikut keperluan untuk semua sekolah tanpa mengambil kira jenis atau lokasinya, katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menafikan dakwaan kononnya wujud ketidakadilan dalam pengagihan peruntukan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat Kementerian Pendidikan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau memberi contoh untuk tahun ini, peruntukan belanja mengurus bagi 8,300 sekolah kebangsaan (sekolah rendah dan menengah) ialah sebanyak RM10.9 bilion, manakala, bagi 1,294 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) RM2.4 bilion dan RM0.97 bilion untuk keperluan 523 buah sekolah jenis kebangsan Tamil (SJKT).
Muhyiddin berkata agihan peruntukan kepada SJKC dan SJKT adalah lebih baik berbanding sekolah kebangsaan yang lebih daif, khususnya di kawasan pedalaman, di pulau-pulau kecil dan luar bandar.
Beliau berkata sebagai contoh pada Bajet 2015, peruntukan penyelenggaran sebanyak RM450 juta akan diagihkan kepada lebih 8,000 sekolah rendah, termasuk SJKC kerajaan dan SJKT kerajaan serta sekolah menengah kebangsaan berbanding RM50 juta hanya untuk 889 SJKC Bantuan Kerajaan dan 336 SJKT Bantuan Kerajaan.
Justeru, adalah tidak tepat jika ada pihak yang mendakwa bahawa telah berlaku ketidakadilan dalam pengagihan peruntukan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara," kata Muhyiddin.
Sebagai tambahan, melalui Bajet 2015, katanya, peruntukan bayaran utiliti bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK) dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM5,000.
Katanya, kerajaan memperuntukkan RM5.284 bilion untuk pembangunan bagi sektor pelajaran Kementerian Pendidikan bagi tiga tahun iaitu dari tahun 2013 hingga 2015.
Daripada jumlah itu, peruntukan pembangunan bagi Sarawak dan Sabah adalah yang terbanyak iaitu RM609.89 juta bagi negeri Sarawak dan RM559.87 juta bagi Sabah.
Mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Muhyiddin berkata kerajaan bersetuju peminjam tegar akan disenaraikan dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) mulai tahun hadapan bagi mendidik mereka agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam membuat bayaran balik secara teratur.
"Namun demikian, peminjam yang terlibat boleh hadir ke PTPTN bagi menyelesaikan hutang mereka dan mendapatkan 20 peratus diskaun atau membuat penyelesaian secara ansuran selama 12 bulan bagi mendapat 10 peratus diskaun.
"Sekiranya mereka tidak mampu, mereka dibenarkan membuat penstukturan semula dengan memanjangkan tempoh bayaran balik sehingga umur 60 tahun," katanya.
Sehingga 30 Sept ini, PTPTN hanya dapat mengutip RM5.4 bilion daripada keseluruhan jumlah pinjaman yang patut dikutip iaitu sebanyak RM12 bilion, katanya.
"Berdasarkan kepada rekod sehingga 1 Okt ini, sebanyak 173,985 orang peminjam tegar PTPTN tidak pernah membuat sebarang bayaran balik bagi tempoh 1999-2010 (melebihi tiga tahun) yang dianggarkan sebanyak RM1.23 bilion," jelas Muhyiddin.
Menyentuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Muhyiddin berkata Sektor Pengajian Tinggi sedang menggubal Pelan Induk Pengajian Tinggi Negara untuk diselaraskan dengan pelaksanaan PPPM.
"Ini akan memberikan seamless continuity dalam rantaian nilai pendidikan daripada prasekolah hinggalah ke peringkat tertiari dan seterusnya ke alam pekerjaan.
"Insya-Allah, sekiranya berjalan lancar, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) akan dilancarkan pada suku tahun pertama 2015," katanya.
Bernama
Mon Nov 03 2014
MUHYIDDIN: Peruntukan yang diluluskan pada setiap tahun telah diagihkan sama rata mengikut keperluan untuk semua sekolah.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri
Seorang kakitangan universiti didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.
Pemandu e-hailing didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun 10 bulan.
Amang seksual: Bapa tiri dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Amang seksual terhadap anak tiri: Pekerja restoran dipenjara lima tahun, dua sebatan
Seorang pekerja restoran dihukum penjara lima tahun dengan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Bunuh anak tiri berusia 6 tahun kerana cemburu
Pembunuhan itu dilakukan oleh ibu tiri mangsa kerana perasaan cemburu dan iri hati terhadap mangsa.
Tukang urut mengaku amang seksual anak tiri 18 tahun
Seorang tukang urut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya berusia 18 tahun, Khamis lalu.
Kerani pusat khidmat rakyat didakwa bersetubuh dengan anak tiri
Seorang kerani di pusat khidmat rakyat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya berusia 17 tahun.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rogol anak tiri, dua individu dihadap ke mahkamah
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol dua anak tirinya tahun lalu.