awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sesi ganti bagi sekolah di Pasir Gudang

Bernama
Bernama
30/06/2019
05:03 MYT
Tiada sesi ganti bagi sekolah di Pasir Gudang
Tiada sesi persekolahan ganti bagi kesemua 111 sekolah kebangsaan dan menengah yang ditutup di Pasir Gudang sejak Selasa lepas. -Gambar fail
Tiada sesi persekolahan ganti bagi kesemua 111 sekolah kebangsaan dan menengah yang ditutup di Pasir Gudang sejak Selasa lepas (25 Jun) akibat gangguan kesihatan sesak nafas dan muntah-muntah dalam kalangan pelajar.
Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, bagaimanapun, beliau akan memastikan pihak sekolah melakukan penjajaran sekiranya berlaku defisit pembelajaran semasa tempoh penutupan sekolah tersebut.
"Kita akan memastikan bahawa sekiranya berlaku defisit pembelajaran semasa cuti tempoh hari, penjajaran akan dibuat pihak sekolah melalui aktiviti pembelajaran yang tertentu. Itu (penjajaran) kita akan serahkan kepada pihak sekolah.
"Penjajaran itu termasuklah kelas tambahan, tetapi semasa tempoh penutupan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) telah menyediakan pelbagai bahan pembelajaran alternatif menerusi aplikasi WhatsApp, Telegram, email, VLE dan EduwebTV," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang Empat, di sini hari ini.
Azman berkata, secara keseluruhannya, sekolah beroperasi seperti biasa hari ini dan kehadiran para pelajar berada pada tahap yang baik.
"Setakat ini sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan pelajar juga nampaknya tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan hari ini," katanya.
Beliau berkata, dalam masa sama, Jabatan Kesihatan negeri juga akan memberikan taklimat keselamatan dan pencegahan kepada 18 sekolah hari ini termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, SMK Taman Nusa Damai, SK Pasir Gudang Empat dan SK Kopok.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan atas usaha dan inisiatif untuk membantu.
"Ini merupakan support sistem yang diberi kepada pihak sekolah sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti pembelajaran
#Azman Adnan
#Ganti sesi Sekolah
#Johor Bahru
#Kementerian Kesihatan
#muntah-muntah
#pelajar
#pendidikan
#sesak nafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan