"Di kampung ni terlampau banyak sangat ketinggalan."
Itu keluhan seorang anak muda dari Kampung Loboh yang berasa seakan terpinggir biarpun perkampungan itu hanya dua kilometer dari pekan Nabawan.
Menurut Railly Sambilor, 26, sebagai belia dia tidak merasai apa yang dinikmati golongan itu di pekan atau bandar lain yang mempunyai talian telefon dan internet.
Untuk berhubung antara satu sama lain, penduduk di empat buah kampung menggunakan radio mudah alih walkie talkie.
"Di kampung ini terlampau banyak ketinggalan terutama internet.
"Ia adalah satu keperluan terutama sekarang untuk memudahkan pelajar-pelajar belajar dengan internet.
"Kampung ini talian telefon pun tidak berapa baik dan menyebabkan kami di empat buah kampung terpaksa menggunakan walkie talkie," katanya.
Empat buah kampung tersebut adalah Kampung Enam, Mangkulasing, Loboh dan Nandilikan.
"Belia di sini sebenarnya mahu sangat macam di luar sana.
"Semua anak-anak muda di sini mahu begitu jugak dengan pihak di luar sana yang ada talian internet kuat," katanya.
Sementara itu, menurut Rasat Mangun, 53, masalah talian telefon telah lama wujud di kampung-kampung terbabit sejak 1970-an.
"Memang ada empat kampung dan memang kesemuanya tiada talian telefon.
"Sejak kami duduk di sini tahun 1971 sampailah sekarang," katanya.
Namun, menurut Rasat baru-baru ini terdapat usaha bagi membangunkan menara telekomunikasi dari syarikat dan pihak berwajib.
"Pernah tahun 2019, mereka pernah datang di kawasan saya untuk mencari line.
"Pernah mereka buka pemancar di belakang rumah saya ini dan buat percubaan.
"Mereka cakap kawasan rumah saya memang sesuai dibangunkan menara, itu sahaja," jelasnya.
Rasat berkata penduduk sudah terbiasa dengan keadaan tersebut dan menganggap radio mudah alih tersebut sebagai alat komunikasi yang mudah dan murah.
"Walkie talkie ini boleh ambil jarak lima kilometer jadi terpaksa kami guna untuk berhubung dengan keluarga.
"Lagipun ini boleh mengurangkan kos la, bercakap percuma, kalau bateri habis kita caj semula," selorohnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Wed Sep 23 2020
Untuk berhubung antara satu sama lain, penduduk di empat buah kampung menggunakan radio mudah alih walkie talkie. -Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada talian mudah alih dan internet, penduduk 4 kampung terpaksa guna walkie talkie
Kampung Loboh seakan terpinggir biarpun ia hanya terletak dua kilometer dari pekan Nabawan.