awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda

Bernama
Bernama
12/06/2024
08:38 MYT
Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda
Felda memaklumkan setakat ini, tiada kakitangannya yang terlibat dalam kes yang disiasat SPRM membabitkan sindiket penjualan 640 ekar tanah milik Felda di Bukit Katil, Melaka.
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual kepada mana-mana pihak dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.
Felda dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini, tiada kakitangannya yang terlibat dalam kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan sindiket penjualan 640 ekar (258.9 hektar) tanah milik Felda di Bukit Katil, Melaka.
"Felda akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam usaha memastikan segala urusan siasatan dapat dilaksanakan dengan baik," menurut kenyataan itu.
Semalam, media melaporkan SPRM menahan lapan individu yang disyaki bersekongkol dengan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.
Sumber SPRM memaklumkan lapan individu terbabit melibatkan broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam berusia lingkungan 20 hingga 50-an yang ditahan di Kuala Lumpur dan Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#SPRM
#tiada tanah bertukar milik
#Melaka
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan