awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing

Sinar Harian
Sinar Harian
23/12/2023
04:05 MYT
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Notis palsu berkaitan tindakan akan diambil terhadap pemandu pengangkutan awam membawa warga asing tanpa mempunyai dokumen yang sah tular di media sosial.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya merujuk kepada hantaran satu notis tular di media sosial mendakwa tindakan akan diambil terhadap pemandu pengangkutan awam membawa warga asing tanpa mempunyai dokumen yang sah.
Beliau berkata, notis tersebut adalah palsu yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap pemandu pengangkutan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
"Imigresen Malaysia sedia maklum bahawa pemandu tidak mempunyai kuasa dan tidak perlu dibebankan dengan pembuktian status penumpang yang mereka bawa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Bagaimanapun katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati mereka sengaja memberikan perlindungan terhadap mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan akta ditetapkan.
"Sekiranya demikian mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.
"Imigresen Malaysia sama sekali tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan berkaitan," katanya.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#pemandu kenderaan awam
#jabatan imigresen
#bawa PATI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan