awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada tolak ansur jika terjebak dadah'

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2022
03:53 MYT
'Tiada tolak ansur jika terjebak dadah'
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan, sesiapa sahaja yang dikesan terlibat dengan dadah akan disiasat dan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu tanpa mengira latar belakang sekiranya dikesan terlibat dengan kesalahan dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan, mereka akan disiasat dan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Polis tidak akan tolak ansur dengan mana-mana individu yang terlibat dadah tidak kira latar belakang sama ada ustaz, penjawat awam atau orang politik.
"Kita akan tangkap, buka kertas siasatan dan hantar ke AGC untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan seorang bekas penyanyi nasyid dan komposer berusia 47 tahun bersama 17 pasu pokok ganja yang dipercayai ditanam sejak dua bulan lalu di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya
Katanya lagi, JSJN tiada skuad khas untuk memantau pembabitan artis dalam kegiatan dadah sebaliknya, pemantauan tetap dilakukan tanpa mengira status.
Khamis lalu, seorang penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara,
Penyanyi berkenaan juga dikatakan menanam pokok ganja untuk kegunaan sendiri.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini
Topic Berkaitan
#PDRM
#tiada tolak ansur
#Dadah
#penyanyi nasyid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan