IPOH: Siasatan kematian seorang lelaki warga emas yang ditahan berhubung kes dadah di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam, menunjukkan tiada unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.
Menurutnya, punca kematian dikenal pasti akibat pendarahan di bahagian perut disebabkan kepecahan sista pankreas.
Sehubungan itu, katanya kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan meneruskan siasatan dan merujuk hasil siasatan kepada koroner,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki warga emas yang ditahan berhubung kes dadah di Jalan Carey di sini pada Sabtu lepas, meninggal dunia di HRPB semalam.
Yahaya dilapor berkata, suspek berusia 62 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang ketika ingin dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk dituduh pada kira-kira 9.02 pagi.
Katanya, polis telah menghubungi pihak hospital dan lelaki itu dihantar ke HRPB oleh ambulans untuk menerima rawatan.
Katanya OKT kemudian disahkan meninggal dunia setelah rawatan kecemasan diberikan oleh pegawai perubatan hospital berkenaan pada kira-kira 10.30 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Sep 14 2022
Bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Tiada unsur jenayah kes lelaki mati dalam tahanan - Bukit Aman
Tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan dalam kes seorang lelaki tempatan yang meninggal dunia semasa dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Besar, Selangor, semalam.
Tahanan sesak nafas sebelum meninggal dunia dalam lokap
Seorang lelaki yang ditahan di dalam lokap di Balai Polis Baling, sementara menunggu untuk dihantar semula ke Penjara Alor Setar meninggal dunia, Rabu lepas.
Tiada unsur jenayah kes kematian OKT dalam tahanan
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.
Tahanan kes dadah mati ketika terima rawatan
Suspek berusia 62 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang ketika ingin dibawa ke mahkamah.
Ditahan sejak Julai, polis sahkan suspek mati mengejut dalam tahanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang suspek lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di Lokap Berpusat Shah Alam hari ini.
Polis siasat kematian tahanan di IPD Kuala Langat
Siasatan akan ditumpukan kepada tiga aspek, perbuatan khianat, kaedah penjagaan tahanan dan pematuhan prosedur operasi standard.
Bedah siasat dapati tahanan mati akibat serangan jantung - Ketua Polis Selangor
Laporan bedah siasat ke atas seorang tahanan yang mati di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak pada Khamis mendapati kematiannya disebabkan arcute myocardial infarction atau serangan jantung.
Wujudkan IPCMC segera untuk tangani salah guna kuasa polis - SUARAM
SUARAM dakwa wujud salah guna kuasa dalam kalangan pegawai PDRM terhadap tahanan sehingga ada yang menyebabkan kematian.