Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian kebakaran tong bahan sisa kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, di Jalan Kampung Pandan.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh dalam kenyataan mengesahkan demikian.
Bagaimanapun, beliau berkata polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan (Kelakuan cuai berkenaan dengan api atau benda yang mudah terbakar).
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu seramai 19 orang pelajar dan dua guru sekolah tersebut mengalami sesak nafas dan muntah akibat terhidu asap beracun ekoran kebakaran tong bahan sisa kimia.
Kejadian itu berlaku ketika proses pemindahan lapan buah tong berisi 229 jenis sisa bahan kimia ke dalam sebuah lori khas untuk dibawa ke loji pelupusan di Bukit Nanas, Negeri Sembilan berhampiran makmal sekolah itu.
Bernama
Wed Apr 17 2013
Piala Thomas: Malaysia jinakkan Jepun untuk mara ke separuh akhir
Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menundukkan Jepun 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China.
Pembinaan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak bermula Julai ini
Pembinaan bangunan baharu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di sini akan bermula pada Julai depan dan dijangka siap pada 2028, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Saifuddin Nasution akui perlu baiki isu di pintu masuk negara, bakal umum perubahan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui terdapat ruang yang boleh ditambah baik berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara.
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara bermula esok, 196 perkhidmatan disediakan
Platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan kerajaan.
AWANI 7:45 [02/05/2024] - Jaminan lulus dengan bergaya | Reformasi sistem pendidikan | RM10.5 bilion tempoh empat tahun | Fail afidavit betulkan fakta
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Humban siapa yang bantah kenaikan gaji penjawat awam
2. Sebelum Bank Dunia lapor, kementerian sudah ambil tindakan, kata Fadhlina
3. Microsoft labur RM10.5 bilion, peluang generasi muda teroka keselamatan siber
4. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul
1. Humban siapa yang bantah kenaikan gaji penjawat awam
2. Sebelum Bank Dunia lapor, kementerian sudah ambil tindakan, kata Fadhlina
3. Microsoft labur RM10.5 bilion, peluang generasi muda teroka keselamatan siber
4. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul
Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu lebih fokus noktahkan miskin tegar di Kelantan - Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan dan kementerian berkaitan perlu lebih fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7535/7555 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7700/7750 pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur, jejaki pasaran serantau
Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi GMM 20 berada pada 755.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 716 sen sekilogram.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
MOSTI akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
Tiada unsur jenayah pada insiden bahan kimia di sekolah Pandan
Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian kebakaran tong bahan sisa kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman,Pandan.
Polis tumpas tiga sindiket, rampas dadah RM1.02j
Polis menumpaskan tiga sindiket dipercayai mengedar dan menyeludup masuk dadah ke negara ini dengan penahanan enam suspek.