awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur kerja lebih atau buli dalam kes kematian doktor di HSJ - Lukanisman

Bernama
Bernama
27/10/2024
13:28 MYT
Tiada unsur kerja lebih atau buli dalam kes kematian doktor di HSJ - Lukanisman
Lukanisman berkata, siasatan awal mendapati, terdapat 30 pengamal perubatan yang bekerja ketika doktor itu bertugas. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiada unsur kerja berlebihan atau buli dalam kes kematian seorang doktor di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini yang didakwa berpunca akibat dibuli ketika dalam perkhidmatan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata ia berikutan siasatan awal mendapati, terdapat 30 pengamal perubatan yang bekerja ketika doktor itu bertugas, berbanding maksimum 25 doktor pada satu-satu masa.
"Namun begitu, kami sedang menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut, malah kita bukan sahaja melihat (kes buli) di Pulau Pinang, tetapi juga pada peringkat nasional, kita sedang menangani semua kes buli (yang ada)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (Bebas) yang dijalankan serentak dengan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Akta 852 Peringkat Pulau Pinang di Medan Renong dan Jalan Penang di sini hari ini.
Pada 17 Okt lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM sedang menyiasat kes kematian melibatkan seorang doktor di sebuah hospital di Seberang Jaya pada Jun lepas yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan perbuatan buli serta beban kerja melampau.
Mengulas lanjut, Lukanisman menegaskan KKM tidak akan berkompromi dengan sebarang kejadian buli yang berlaku di mana-mana fasiliti kementerian di seluruh negara, termasuk insiden kematian pakar perubatan patologi hospital di Lahad Datu, Sabah di kediamannya pada 29 Ogos, yang didakwa mempunyai kaitan dengan insiden buli di tempat kerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#kerja berlebihan
#kematian doktor
#HSJ
#Lukanisman Awang Sauni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan