awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur penipuan pemilihan Parlimen Belia - Khairy

Bernama
Bernama
30/11/2014
23:47 MYT
Tiada unsur penipuan pemilihan Parlimen Belia - Khairy
Tiada unsur penipuan pemilihan Parlimen Belia - Khairy
Siasatan Kementerian Belia dan Sukan mendapati tidak wujud unsur penipuan dalam pemilihan anggota Parlimen Belia Malaysia (PBM) seperti didakwa.
Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya juga mendapati tiada bukti (penipuan), mahupun laporan polis dibuat mengenai dakwaan tersebut.
"Pemilihan secara keseluruhannya dikendalikan secara (dalam) talian malah telah mendapat sijil audit antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan 110 anggota PBM di sini hari ini.
Sebelum ini terdapat laporan mendakwa wujud unsur penipuan dalam sistem pemilihan PBM sehingga proses penamaan calon dan pengundian terpaksa ditangguhkan.
Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas.
Ia bertujuan antara lain melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.
Khairy berkata 10 Januari dipilih sebagai tarikh bersidang untuk anggota PBM di Dewan Rakyat selama lima hari dan sesi ini akan diadakan tiga kali setahun.
Jelasnya, selain persidangan, anggota PBM juga akan mengadakan program luar di negeri masing-masing bergantung pada jawatankuasa yang dipilih seperti pendidikan, sosial dan sebagainya.
PBM keseluruhannya akan mempunyai 135 anggota termasuk 15 menerusi lantikan khas, terdiri daripada wanita dan kumpulan etnik dan orang kurang upaya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Parlimen Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan