awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur rasuah dalam dana parti kerajaan ketika PRU15 - Azalina

Hakim Rahman
Hakim Rahman
25/05/2023
14:29 MYT
Tiada unsur rasuah dalam dana parti kerajaan ketika PRU15 - Azalina
Azalina berkata, SPRM telah menjalankan siasatan berhubung parti-parti terbabit yang mendapat pendanaan ketika PRU15. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah termasuk sumber dana oleh parti kerajaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, SPRM telah menjalankan siasatan berhubung parti-parti terbabit yang mendapat pendanaan ketika PRU15.
"Siasatan kes telah pun selesai dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur-unsur penerimaan rasuah.
"Bagaimanapun, jika terdapat mana-mana orang yang mempunyai bukti baharu berhubung perkara ini boleh melaporkan kepada pihak SPRM dan siasatan dan tindakan lanjut sewajarnya akan dijalankan dengan kadar segera mengikut lunas undang-undang yang berkuatkuasa ketika ini," katanya.
Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan dikemukakan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang).
Abdul Hadi yang juga Presiden Pas meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana siasatan SPRM terhadap parti-parti dalam kerajaan berhubung perbelanjaan ketika PRU15 termasuk sumber dana.
Dalam perkembangan sama, Azalina turut mengesahkan tiada apa-apa fail siasatan dibuka terhadap Perikatan Nasional (PN) di atas dakwaan mendapat sumbangan daripada dana judi di dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
"SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut. Bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak boleh mengesahkan isu ini," katanya.
Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan terhadap dakwaan bahawa terhadap parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi di dalam kempen PRU yang lepas.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Perikatan Nasional
#PRU15
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan