awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada vaksin COVID-19 Pfizer dijual di platform Shopee

Bernama
Bernama
05/03/2021
13:51 MYT
Tiada vaksin COVID-19 Pfizer dijual di platform Shopee
Shopee dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya tidak dapat mengesan sebarang senarai jualan barang berkenaan di platform mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Platform pembelian secara dalam talian Shopee, hari ini menafikan pihaknya menawarkan vaksin Pfizer's COVID-19 untuk jualan, sebagaimana yang dipaparkan menerusi satu foto yang tular di Twitter dan WhatsApp sejak beberapa hari lepas.
Shopee dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya tidak dapat mengesan sebarang senarai jualan barang berkenaan di platform mereka.
"Penulis twit itu mengesahkan bahawa imej dalam foto berkenaan sebenarnya telah diubah suai, dan ia sememangnya palsu. Imunisasi COVID-19 adalah perkara yang berkaitan kesihatan negara, ia tidak seharusnya dianggap perkara remeh," menurut kenyataan itu.
Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengesahkan bahawa berita mengenai penjualan vaksin itu adalah palsu.
Shopee turut mengingatkan pihak yang menyebar maklumat palsu mengenai vaksin itu bahawa perkara berkenaan sedang dipantau oleh polis dan MCMC.
Dua hari lepas, satu gambar palsu yang kononnya menunjukkan penjualan vaksin COVID-19 Pfizer di Shopee telah menjadi tular, dan ia disertakan dengan maklumat kononnya vaksin itu dijual pada harga RM63.88.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shopee
#vaksin
#Pfizer
#COVID-19
#MOSTI
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#dalam talian
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan