KUALA LUMPUR: Biarpun kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak diragui kredibilitinya, namun masih banyak perkara yang memerlukan penambahbaikan.
Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Jayum Anak Jawan berpendapat, masih banyak isu membabitkan pelaksanaan dasar yang masih lemah dan perlu ditangani segera.
"Kalau saya jadi Perdana Menteri, perkara pertama yang saya akan buat adalah melantik Setiausaha Politik dari setiap bangsa dan kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Dayak dan sebagainya, bagi membolehkan pelaksanaan dasar lebih efektif.
"Masalah dalam pelaksanaan dasar sekarang ialah kerana kerana tiada atau kurangnya kefahaman. Perdana Menteri sudah beri panduan, tetapi bagaimana pula di peringkat kementerian dan jabatan yang akan melaksanakan?
"Contoh macam Dasar Perpaduan Negara. Macam mana nak laksanakan kalau di peringkat jabatan sendiri tidak faham," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi Webinar Bicara Politik Khas Pertubuhan Intelek Negara (PINTAR): Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional, hari ini.
Dalam masa yang sama, kata Prof Jayum, mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik perlu segera disingkirkan dan diganti dengan individu yang lebih layak.
"Sebaik sahaja mereka gagal menjalankan tugas atau membuat kesilapan, terus singkirkan. Tak perlu tunggu. Tak adil bagi rakyat tunggu mereka ini belajar jadi menteri," tegasnya.
Beliau juga menegur peranan pembangkang yang disifatkan tidak efektif.
"Dalam demokrasi berpalimen, kita sepatutnya ada shadow cabinet. Contoh macam di United Kingdom.
"Shadow cabinet terdiri daripada kalangan pemimpin pembangkang yang 'berlatih' untuk jadi menteri. Jadi kalau terjadinya pertukaran kerajaan, mereka boleh terus ambil alih dan bekerja.
"Kita tak boleh tunggu seseorang untuk belajar jadi menteri selepas dia sudah dilantik," katanya.
Prof Jayum bagaimanapun memuji Muhyiddin dan melihat beliau sebagai pemimpin yang ikhlas dan bersungguh-sungguh membantu rakyat.
"Beliau bukan individu yang nak jadi Perdana Menteri tetapi tiba-tiba dilantik. Dan beliau menerima tanggungjawab itu dalam keadaan negara dilanda krisis kesihatan besar.
"Saya boleh bagi beliau gred A, cuma di peringkat bawahan masih banyak yang perlu diperbaiki," ujarnya.
Madiha Abdullah
Mon Mar 01 2021
Kepimpinan Muhyiddin disifatkan berkelas A, namun di peringkat bawahan masih memerlukan penambahbaikan, kata Prof Jayum Anak Jawan. - Gambar Facebook
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.
AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.
AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.
PRK Mahkota: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula
Berdasarkan data SPR seramai 61,274 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lepas.
Sultan Pahang titah tanggungjawab jaga syiar Islam tugas bersama
Tanggungjawab berkenaan tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.
Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.