awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak boleh berkumpul di semua taman awam negeri - MBKT

Bernama
Bernama
12/05/2020
06:09 MYT
Tidak boleh berkumpul di semua taman awam negeri - MBKT
Orang ramai diingatkan tidak berkumpul di taman awam negeri di Kuala Terengganu bagi mengelak penularan COVID-19. Gambar fail/ Bernama
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengingatkan orang ramai supaya tidak berkumpul dan bersesak di semua taman awam negeri kerana dibimbangi mencetus kembali penularan wabak COVID-19.
Datuk Bandar Kuala Terengganu Shahidan Embok berkata pihaknya menerima aduan mengenai orang ramai yang keluar bersantai di kawasan rekreasi seperti Taman Awam Batu Buruk pada waktu malam tanpa menghiraukan larangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Perbuatan begini amat tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri boleh menyebabkan Kuala Terengganu kembali ke Zon Merah (zon aktif COVID-19), sekali gus mensia-siakan kerja keras rakyat lain dan petugas barisan hadapan dalam menentang wabak itu sebelum ini.
"Jadi saya menyeru semua lapisan masyarakat supaya tidak berdegil dan memandang remeh larangan ini untuk kebaikan dan keselamatan kita bersama," katanya hari ini.
Susulan kejadian itu, Shahidan berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah bagi menghalang orang ramai daripada berkumpul di kawasan tersebut dengan memantau dan menutup taman itu supaya tidak dimasuki orang awam selepas tamat waktu operasi kios dan kedai jualan pada pukul 10.00 malam.
"Saya telah mengarahkan supaya diletakkan kon sekatan di kawasan berkenaan bagi menghalang orang ramai keluar masuk selepas pukul 10.00 malam. Pemantauan di lokasi kita jalankan secara bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melibatkan bidang kuasa mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, Shahida berkata MBKT telah mengeluarkan 95 notis kepada peniaga sepanjang tempoh PKP atas pelbagai kesalahan seperti makan minum di kedai dan berniaga selepas waktu ditetapkan.
"Pada bulan Ramadan dan tempoh PKP, pemantauan di premis-premis perniagaan makanan dilakukan pada waktu pagi, tengah hari, petang dan selepas pukul 10.00 malam bagi memastikan kepatuhan peniaga terhadap arahan dikeluarkan kerajaan.
"Setakat ini kami berpuas hati dengan kadar pematuhan peniaga walaupun ada sebahagian kecil yang masih degil dan mengingkari arahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#larangan berkumpul
#MBKT
#PDRM
#Ramadan
#taman awam
#taman bunga
#taman permainan
#taman rekreasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan