Isu tidak cukup kuorum pada persidangan Dewan Rakyat masih berlaku meskipun telah mendapat teguran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Keadaan itu berlaku ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) oleh Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh yang kecoh seketika malam tadi apabila kedua-dua blok penyokong kerajaan dan pembangkang mempersoalkannya.
Sewaktu proses pengiraan undi untuk menyokong atau menolak rang undang-undang itu pada 9 malam, Ahli Parlimen daripada kem kerajaan dan pembangkang bangun, bertekak dan menjerit mempersoalkan kuorum blok masing-masing.
Loceng terpaksa dibunyikan bagi memanggil Ahli Parlimen masuk ke dewan sebelum Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof membacakan keputusan bahawa usul itu diterima selepas lebih suara yang menyokong iaitu 45 orang berbanding 28 orang yang menolak.
Pada Khamis lepas, Dr Mahathir menegur sebilangan Ahli Parlimen yang tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat sekali gus memberi gambaran seolah-olah mereka tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat.
BACA: Tak cukup kuorum, PM tegur Ahli Parlimen tidak hadir sidang Dewan Rakyat
BACA: Tak cukup kuorum: Sampai masanya elaun Ahli Parlimen 'ponteng' dipotong - MPMMK
Terdahulu, Yeoh sewaktu menggulung perbahasan itu berkata sebanyak 22 kes penderaan kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dilaporkan berlaku dari 2017 hingga 2019.
Katanya ia membabitkan masing-masing sebanyak lima kes pada 2017 dan 2018 selain 12 kes pada tahun ini.
Beliau berkata beberapa inisiatif diambil bagi menangani kes penderaan kanak-kanak di Taska antaranya pemantauan di Taska berdaftar secara berkala dan mengejut oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta tindakan penguatkuasaan.
"Sebanyak 226 tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap Taska yang berdaftar dan tidak berdaftar yang tidak mematuhi Akta Taska 1984 dan Peraturan-Peraturan Taska 2012," katanya.
BACA: Dewan Rakyat: Sidang bermula dengan tidak cukup korum
BACA: Dewan Rakyat tak cukup korum, perbahasan terhenti seminit
Persidangan dewan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019
Pada Khamis lepas, Dr Mahathir menegur sebilangan Ahli Parlimen yang tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat sekali gus memberi gambaran seolah-olah mereka tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat. - Gambar fail
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.