awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak faham bahasa, kes warga Myanmar dituduh bunuh isteri ditangguh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/10/2025
04:05 MYT
Tidak faham bahasa, kes warga Myanmar dituduh bunuh isteri ditangguh
Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menangguhkan prosiding kes warga Myanmar dituduh bunuh isteri kerana tertuduh tidak faham Bahasa Melayu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Mahkamah Majistret di sini hari ini menangguhkan prosiding pertuduhan terhadap seorang lelaki warga Myanmar yang didakwa membunuh isterinya di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang, Chemor, Isnin lalu.
Majistret S Punitha membuat keputusan itu bagi membolehkan lantikan jurubahasa selepas tertuduh, Myo Naing Soe, 37 tahun, tidak faham pertuduhan dalam bahasa Melayu.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk menyediakan khidmat jurubahasa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
Kes dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh selepas siasatan polis menemui kesan cekik pada leher mangsa.
Pemeriksaan pada mayat mangsa warga Myanmar berusia 28 tahun itu tidak menemui kesan kecederaan lain.
Topic Berkaitan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#bunuh isteri
#warga myanmar
#mahkamah majistret ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan