BUKIT KAYU HITAM:Walaupun berdepan ancaman yang tidak mampu 'dihidu', warga Pasukan Gerakan Am (PGA) tidak sesekali gentar atau gerun, sebaliknya terus bersemangat untuk menggempur anasir penyeludupan di sempadan negara.
Pegawai Gerakan Batalion 3 PGA Inspektor Khor Kai Zhen berkata sebagai anggota keselamatan, mereka sememangnya akan terdedah dengan bahaya, namun bagi mengurangkan sebarang risiko pihaknya akan memastikan kesiapsiagaan mereka sentiasa pada tahap optimum.
"Seperti yang berlaku di sini semalam (kes tembakan anggota PGA) bila mereka (penyeludup) tengok kawalan anggota keselamatan kita ketat, mereka macam nak balas dendam, mereka lepaskan tembakan.
"Atau mereka nak alihkan perhatian kami, jadi mereka tembak...kejadian tembakan guna senapang angin ini sudah banyak kali berlaku cuma tidak ada sehingga mencederakan anggota," katanya ketika ditemui semalam semasa meninjau lokasi kejadian tembakan berhampiran pos kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, yang menyebabkan seorang anggota PGA Lans Koperal Muhammad Amirul Amir cedera ringan petang Rabu.
Khor berkata walaupun menggunakan senapang angin, pelurunya boleh menembusi badan sehingga menyebabkan kecederaan parah dan lebih berbahaya jika jarak tembakan sangat hampir.
Sementara itu, Ketua Platun 5 PGA Inspektor Muhammad Adlizan Admancur menyifatkan empat kejadian tembakan dalam tempoh sebulan adalah jumlah kes yang agak tinggi dalam tempoh singkat, namun ia tidak akan sesekali menjejaskan emosinya dalam menjalankan tugas.
"Kami bertugas seperti biasa, apa yang berlaku tidak mematahkan semangat kami untuk sentiasa menjaga keamanan negara," katanya.
Dalam kejadian 6.15 petang Rabu, Muhammad Amirul, 26, melecet di bahagian perut selepas terkena tembakan senapang angin menggunakan peluru 'ball bearing' yang dilepaskan dari kawasan negara jiran, semasa sedang melakukan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran pos M16 di sini.
Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata kejadian tembakan di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis yang mengorbankan seorang anggota PGA iaitu mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, Selasa lepas, adalah insiden kali ketiga bulan ini.
Kejadian pertama dilapor berlaku pada 12 Nov lepas dan kejadian kali kedua berlaku 15 Nov, manakala kes Muhammad Amirul merupakan kes keempat dalam bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020
Muhammad Adlizan menunjukkan tempat kejadian seorang anggota PGA ditembak ketika membuat rondaan di Sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, 26 Nov, 2020. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir
PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.
PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk ke Golok
Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi Sungai Golok menggunakan laluan tidak diwartakan.
Polis tumpaskan kegiatan seludup kasut, beg tangan bernilai lebih RM3 juta
Kasut pelbagai jenama seperti Nike dan Adidas serta 1,866 unit beg tangan dengan jenama seperti LV, Chanel, Coach yang disyaki diseludup dari Thailand ditemukan.
Polis tumpaskan cubaan seludup dadah bernilai RM3.2 juta di Tumpat
Anggota Batalion 8 menjalankan serbuan di tepi sungai di Kampung Laut, Tumpat berdasarkan maklumat yang diterima pada kira-kira pukul 10 malam.
Polis rampas 41,000kg kelapa cuba diseludup ke negara jiran
Hasil pemeriksaan mendapati buah berkenaan tidak mempunyai dokumen yang sah dipercayai untuk diseludup.
Polis rampas produk kosmetik Thailand lebih RM90,000
Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik yang dianggarkan bernilai RM94,500 di pangkalan haram Jitong, Pasir Mas, semalam.
Pemandu lori ditahan cuba seludup karkas babi lebih RM200,000
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan karkas babi bernilai RM204,800 selepas menahan seorang pemandu lori di Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di sini hari ini.
Reman suspek samun di Semenyih disambung seminggu
Tempoh reman empat lelaki bagi membantu siasatan kejadian samun bersenjata sebuah rumah di Semenyih disambung tujuh hari lagi.
Tujuh warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram
Polis menahan tujuh warga asing dipercayai cuba keluar dari Malaysia secara haram di Teluk Gadong, Klang dekat sini pada 1 pagi tadi.
PGA tumpas 431 kes rentas sempadan, rampasan bernilai RM18.5 juta
PGA Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta di sempadan.