Kegagalan pembeli mengemukakan dokumen lengkap menjadi antara punca mereka tidak mampu memiliki Rumah Mampu Milik (RMM) yang dibina oleh kerajaan negeri Kelantan, kata anggota Exco negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata ini berikutan pembeli kebanyakannya bekerja sendiri dan gagal mengemukakan dokumen yang kukuh mengenai aliran tunai mereka.
"Bagi penjawat awam dan swasta pula, mereka telah mempunyai komitmen yang tinggi dalam slip gaji mereka," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Tuan Mohamad Awang (PAS-Gual Periok) yang ingin tahu status dan perkembangan rumah-rumah awam kos rendah dan isu berbangkit serta langkah penyelesaian berkaitan proses penjualan RMM oleh kerajaan negeri setakat ini.
Abdul Fattah berkata berikutan itu kerajaan negeri juga telah mengadakan sesi taklimat antara pembeli dengan pihak bank bagi memberi lebih kefahaman kepada pemohon untuk mendapatkan pembiayaan yang lebih berkesan.
Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata sebanyak 1,628 unit rumah telah siap dibina setakat ini, manakala 2,693 unit rumah sedang dibina dan 2,818 unit rumah masih dalam perancangan.
Beliau berkata bagi pembeli yang berminat untuk mendapatkan RMM, mereka perlu mendaftar dengan Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan Kelantan sebelum penilaian dilakukan oleh jabatan berkenaan.
"Selepas itu, pembeli akan ditemu ramah oleh jabatan berkenaan bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk mendapatkan RMM," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2017
Abdul Fattah berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan sesi taklimat antara pembeli dengan pihak bank bagi memberi lebih kefahaman kepada pemohon untuk mendapatkan pembiayaan yang lebih berkesan. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gastak sasar Kelantan Warriors layak ke separuh akhir Liga Premier STL
Abdul Fattah berkata sasaran itu diletakkan berdasarkan prestasi semasa pasukan Kelantan Warriors ketika ini.
Tidak kemuka dokumen lengkap antara punca gagal dapatkan rumah mampu milik
Kegagalan pembeli mengemukakan dokumen lengkap menjadi antara punca mereka tidak mampu memiliki Rumah Mampu Milik (RMM) yang dibina oleh kerajaan negeri Kelantan, kata anggota Exco negeri.