awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak penuhi syarat perjawatan sukarkan guru KAFA diserap ke jawatan tetap

Bernama
Bernama
09/12/2024
06:03 MYT
Tidak penuhi syarat perjawatan sukarkan guru KAFA diserap ke jawatan tetap
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan kesulitan menyerap guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kepada perjawatan gred tetap adalah kerana syarat yang tidak dipenuhi seperti masa bekerja mereka.
Beliau berkata keperluan perkhidmatan guru KAFA adalah selama tiga hari dan ia tidak memenuhi syarat untuk menyerap mereka dalam skim perjawatan tetap.
"Oleh kerana syarat-syarat itu tidak dipenuhi lagi, jadi di situ ada kesulitan dalam konteks untuk menyerapkan guru-guru KAFA ini kepada gred yang tetap," katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai faktor mengekang guru KAFA diserap dalam skim perjawatan tetap pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Na'im berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa mengadakan perbincangan serta berusaha untuk memastikan kebajikan guru KAFA terjamin termasuk berhubung kenaikan elaun.
Menjawab soalan asal Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang ingin tahu mengenai kenaikan gred bagi penyelia KAFA, Mohd Na'im berkata JAKIM dalam sesi rundingan bersama agensi Persekutuan bagi mencari kaedah terbaik berhubung peningkatan profesionalisme dan jaminan kebajikan penyelia KAFA.
Beliau berkata setakat ini, terdapat 383 penyelia program KAFA yang telah dilantik secara sambilan sejak 1990.
Menurut Mohd Na'im, pelantikan secara perkhidmatan kontrak di JAKIM hanya bermula pada 2009 dan penyelia KAFA yang dilantik bersandarkan Skim Perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru KAFA
#Mohd Na'im Mokhtar
#Dewan Rakyat
#perjawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan