Kebimbangan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan perancangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah tidak berasas kerana negeri ini mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh khususnya industri pelancongan.
Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu dibayangi kebimbangan itu sekiranya mempunyai perancangan pembangunan yang baik.
"Kedah mahu rancang apa, terpulanglah. Kalau mereka mahu bina lapangan terbang, adakah semua pelancong akan pergi ke Kulim? Kita sudah ada industri pelancongan yang lebih mantap daripada Kedah.
"Kecuali, jika kita tidak jaga prasarana dan kemudahan yang ada, maka semua pelancong akan lari. Bagi saya, ini persaingan sihat dan saya tidak nampak sebab mengapa kita perlu bimbang," katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah bagi menjawab pertanyaan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) mengenai pendirian wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhubung perancangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah.
Terdahulu itu, Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 mencadangkan usaha menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Wong berkata Pulau Pinang memerlukan pembesaran lapangan terbang atau sebuah lapangan terbang baharu bagi menampung jumlah kemasukan pelancong yang semakin meningkat.
"Ada tanah yang mencukupi di sekitar LTAPP untuk kita melakukan naik taraf. Kerajaan negeri sedia berunding dengan kerajaan pusat mengenai perkara itu," katanya.
Bernama
Wed Nov 12 2014
JAHARA: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu dibayangi kebimbangan itu sekiranya mempunyai perancangan pembangunan yang baik. - Gambar Fail
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok
Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.
ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
[KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi?
Keluar mengundi demi UNDI - Usaha, Negara, Demokrasi dan Impian kita semua.
PRN: Gelanggang untuk rebut 245 kerusi DUN bermula hari ini
'Gelanggang' Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menyaksikan pertandingan di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri membuka tirai secara rasmi hari ini.
Rayuan bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti P.Pinang didengar 8 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Nov depan untuk mendengar rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN agar mereka mengosongkan kerusi mereka.
DUN Selangor lulus Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025.
Empat ADUN PN di P.Pinang tetap hadir persidangan DUN Isnin ini
ADUN Seberang Jaya Afif Bahardin berkata mereka sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk jika diminta meninggalkan bangunan DUN, sekiranya usul berkenaan diluluskan.
PRN: Enam negeri sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun
Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu sepakat membubarkan DUN pada dua minggu terakhir Jun.
PRU15: Kedah, Terengganu akur pendirian tidak bubar DUN, P. Pinang masih menanti
Pimpinan Pas Kedah dan Terengganu akur dengan pendirian Pas Pusat untuk kekal tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).