BUKIT GANTANG: Tiada keperluan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk campur tangan dalam urusan pengeluaran sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata ini kerana kuasa mengeluarkan sijil halal adalah lebih baik dikendalikan pihak Jakim sahaja.
Katanya lagi, perkara itu juga dapat mengelakkan daripada kekeliruan bidang kuasa dalam urusan membabitkan pensijilan halal sekiranya ia dikendalikan lebih daripada satu pihak.
"PBT selesai masalah lain, masalah lesen, bukan masalah halal. Halal itu ada bidang lain, sama juga macam kerana hendak ambil tindakan, kalau perkara itu kata kita lapor kata seseorang itu ada label halal, tiba-tiba dia buat kerja tidak halal, nak ambil tindakan itu adalah daripada pihak Kementerian Hal Ehwal Pengguna.
Dia ambil tindakan, dia ada kuasa nak ambil tindakan. Jakim tidak ada kuasa nak ambil tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Amal di Markaz Pas Sungai Tinggi, Trong pada Ahad.
Idris diminta mengulas saranan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) supaya Jakim dan PBT dapat membuat penyelarasan dan menetapkan prosedur yang lebih mudah bagi membantu perusahaan mikro dan kecil (PMK) memperoleh sijil halal.
Dalam pada itu, idris berkata kuasa Jakim mengeluarkan sijil halal juga sudah diperakui di seluruh dunia termasuk dalam kalangan negara-negara Islam lain.
Malah katanya, sijil halal Jakim juga sangat mudah diperoleh dan diluluskan sekiranya pemohon mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Jelasnya lagi, di peringkat negeri pula telah ditetapkan kuasa yang sama sebagaimana termaktub di bawah bidang kuasa Jabatan Halal, Jabatan Agama negeri-negeri.
Oleh itu tegas beliau, tidak perlu ada pihak lain termasuk PBT untuk menjalankan bidang kuasa iaitu berkaitan sijil halal yang bukan di bawah bidang kuasa mereka.
Amirrul Rabbani
Sun Aug 21 2022
Menurut Idris, sijil halal Jakim juga sangat mudah diperoleh dan diluluskan sekiranya pemohon mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kerajaan komited bantu mudahkan usahawan dapat sijil halal - Zulkifli
Pensijilan itu akan memberikan nilai tambah kepada perniagaan mereka selain meningkatkan kualiti dan diberkati sekali gus memperkasakan industri halal negara.
Kerajaan tidak pernah buat keputusan wajibkan sijil halal - Ahmad Zahid
Keputusan hasil kajian berhubung isu sijil halal ini hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Pertimbang sijil halal di premis makanan ‘mesra Islam’ - MIC
Vigneswaran berkata sekatan itu hanya akan membawa kesan domino kepada asas perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.
Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh
Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 September 2024.
Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok
Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.
Sijil halal: Komen Teresa pendapat peribadi - Mat Sabu
Mohamad menganggap komen berkenaan pensijilan halal oleh Teresa Kok yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini sebagai "pendapat peribadi".
Isu sijil halal: Bincang dalam mesyuarat, tidak perlu timbul kontroversi - PM Anwar
Anwar berkata perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum tidak perlu dijadikan isu sehingga menimbulkan kontroversi.
Daftar sijil halal, manfaatkan potensi besar industri halal di Sabah - Ewon
Sabah memiliki potensi yang besar dalam industri halal berdasarkan sumber bahan mentah dan barangan separa siap yang banyak.
Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.