awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu pinda undang-undang mengenai kanak-kanak tanpa kerakyatan - KDN

Bernama
Bernama
23/05/2016
10:56 MYT
Tidak perlu pinda undang-undang mengenai kanak-kanak tanpa kerakyatan - KDN
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa kanak-kanak untuk merujuk kepada negara asal masing-masing bagi mendapatkan dokumen perjalanan dan dokumen pengenalan diri mereka. - Gambar hiasan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati tiadanya keperluan untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan isu status kewarganegaraan kanak-kanak tanpa kerakyatan.
Ini kerana, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan peruntukan dan syarat yang perlu dipatuhi sebelum seseorang dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia.
"Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa kanak-kanak untuk merujuk kepada negara asal masing-masing bagi mendapatkan dokumen perjalanan dan dokumen pengenalan diri mereka," kata KDN dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat di sini.
Ramkarpal ingin tahu sama ada kerajaan bercadang meminda undang-undang sedia ada untuk membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan (stateless) didaftarkan secara automatik sebagai warganegara sah.
Menurut KDN adalah tidak wajar jika seseorang itu mendakwa dirinya sebagai 'stateless' kerana penentuan kewarganegaraan seseorang antaranya berdasarkan kepada status ibu atau bapanya.
"Dalam hal ini, mana-mana kelahiran yang berlaku di Malaysia yang telah didaftarkan sebagai bukan warganegara bukanlah merujuk kepada 'stateless' kerana terdapat maklumat semasa kelahiran yang menunjukkan ibu atau bapanya adalah warga asing," kata KDN.
Topic Berkaitan
#isu warganegara
#kanak-kanak tanpa kerakyatan
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan