KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau tidak pernah memijak atau menendang perut Bella semasa remaja sindrom Down itu berada dalam jagaannya di Rumah Bonda.
Siti Bainun, 31, berkata, ia berdasarkan pemeriksaan oleh Dr Meenambigai PK Sevarajah yang bertugas di Bahagian Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur yang mendapati paru-paru, abdomen dan kaki Bella berada dalam keadaan baik dan normal.
"Bella memang sangat-sangat sihat. Dia tidak ada penyakit asma atau apa-apa sakit. Malah dapatan ini menunjukkan saya tidak pernah memijak dan menendang perut, menyuruh Bella berdiri lama dan apa jua jenis penderaan yang direka saksi-saksi pendakwaan, tidak pernah berlaku. Malah kaki Bella dilaporkan tiada bengkak," katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada hari kedua membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.
Pada prosiding sebelum ini, saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun memijak lutut Bella dan menyepak ramaja itu manakala saksi pendakwaan kelapan Suhana Zam berkata beliau pernah melihat Bella berdiri lebih 10 jam semasa berada di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, di sini.
Sementara itu, Siti Bainun berkata kesan gigitan pada perut Bella berpunca daripada pergaduhan berlaku antara remaja itu dengan bekas penghuni Rumah Bonda dikenali sebagai Balqis, selepas Bella memakai pencuci muka Balqis.
"Lepas pakai, berlari berkejar satu rumah dan mereka masing-masing mengigit antara satu sama lain. Saya juga ada letak minyak gamat dan krim pada mereka. Saya dah marah dan tegur mereka sama seperti ibu bapa lain yang marah apabila anak-anak bergaduh. Saya pun tidak faham kenapa Bella dan Balqis tidak boleh sesuaikan diri bersama.
"Peguam saya ada bertanya kepada Bella mengenai pergaduhan dan Bella sendiri setuju ada bergaduh dengan Balqis. Bila mereka bergaduh, saya akan tenangkan dan nasihat mereka," katanya yang turut memaklumkan hubungan antara Bella dan Balqis diibaratkan seperti 'love hate relationship' namun mereka faham apabila ditegur.
Berhubung kesan lecuran pada Bella akibat termos berisi air panas tersimbah ke arahnya semasa remaja itu bergaduh dengan Balqis sekitar Mei 2021, Siti Bainun berkata, disebabkan kejadian itu berlaku ketika pandemik COVID-19, beliau telah membeli ubat bagi merawat kesan melecur berkenaan berdasarkan nasihat klinik dan farmasi dan luka terbabit sembuh dalam tempoh sebulan kecuali di bahagian pergelangan tangan.
Menurut Siti Bainun, beliau telah membawa Bella ke Klinik Setapak dan Surgeri berhampiran rumahnya bagi mendapatkan rawatan susulan serta bertemu dengan seorang doktor yang memaklumkan kepadanya bahawa luka Bella semakin mengering, dan memberikan antibiotik bagi mengelakkan jangkitan serta krim untuk disapu di luka Bella.
"Saya tidak mendera Bella. Jika benar saya berniat untuk mencederakan Bella, tidak mungkin saya akan cuba menyembuhkan Bella, tiada keperluan untuk saya bertanya kepada ahli farmasi ubat-ubatan yang sesuai untuk merawatnya dan juga menghabiskan wang ringgit bagi membeli segala keperluan serta ubat-ubatan yang terbaik dan sesuai seperti dicadangkan oleh ahli farmasi.
"Saya telah merawat Bella dengan baik sebagai ibu, dan sebagai orang biasa yang merasakan ini yang terbaik untuk anak saya dan telah membawa Bella untuk mendapatkan rawatan susulan di Klinik Setapak bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya yang tidak diwakili peguam dalam prosiding di hadapan Hakim Izralizam Sanusi hari ini.
Berhubung dengan layanan Siti Bainun terhadap Yasmin yang dikatakan seperti hamba abdi, Siti Bainun berkata, beliau tidak mengetahui dari mana datangnya 'hamba abdi', dan cerita (hamba abdi) ini adalah supaya mahkamah mempercayai perwatakannya selain untuk mempengaruhi masyarakat dalam menyedapkan 'cerita ' di media sosial.
Siti Bainun berkata, beliau menganggap Yasmin seperti anak sendiri dan melalui diari Yasmin, remaja itu sayangkannya serta adik-adiknya yang juga penghuni rumah kebajikan itu.
"Bermewah-mewah juga tidak. Kami hidup sederhana sahaja. Kalau ada duit lebih saya belikan mereka makanan yang mereka mahu. Saya juga belikan anak-anak saya barang kemas jika ada wang tambahan termasuklah untuk Yasmin.
"Yasmin mereka-reka cerita tentang saya dengan teruk di mahkamah ini, saya masih sayangkan dia. Dia antara remaja pertama yang saya selamatkan dalam jagaan saya. Saya tahu dia dan bapa dia diugut serta Yasmin akan jadi kambing hitam, tapi sekarang saya tidak tahu lagi apa yang terjadi kepada dia," katanya.
Pada 24 Nov tahun lepas, Izralizam memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam bersambung 20 Feb ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Siti Bainun Ahd Razali hadir pada hari kedua membela dirinya di Mahkamah Sesyen berhubung pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella berusia 13 tahun. - Gambar BERNAMA
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Tidak pernah pijak atau tendang perut Bella - Siti Bainun
"Saya tidak mendera Bella. Jika benar saya berniat untuk mencederakan Bella, tidak mungkin saya akan cuba menyembuhkan Bella."
'Gigitan di perut Bella sebab bergaduh dengan Balqis' - Siti Bainun
"Mereka bergaduh kerana Bella telah menggunakan pencuci muka milik Balqis."
Kejadian Bella terkena air panas termos tidak pernah berlaku - Pegawai penyiasat
Menurut pegawai berkenaan, ini kerana termos itu, yang dijadikan sebagai barang kes, berada dalam keadaan baik dan tiada kesan pecah.