awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2025
04:45 MYT
Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Mangsa parah ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara mereka. - Gambar hiasan
JASIN: Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, kejadian lebih kurang jam 5 pagi itu berlaku di sebuah asrama kilang di Kampung Pondok Kempas di sini membabitkan suspek lelaki berusia 23 tahun dan mangsa berusia 28 tahun.
"Siasatan polis mendapati kejadian tersebut membawa pergelutan antara mereka namun telah dileraikan oleh rakan seasrama yang turut berada di lokasi sebelum suspek bertindak menikam mangsa menggunakan pisau sewaktu sedang tidur.
"Mangsa yang bekerja sebagai operator pengredan telur itu telah mengalami kecederaan parah dibahagian kepala, tangan dan dada," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya, mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital dekat sini untuk rawatan lanjut.
"Berikutan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin telah menahan suspek di belakang asrama pekerja kilang di kampung berkenaan semalam.
" Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia bebas sebarang penyalahgunaan dadah.
"Siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah yang memperuntukkan hukuman penjara penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebat," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Kriket
#Nepal
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan