awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak setuju elaun dipotong, MP Kepong mahu urus dan salur sendiri kepada penduduk kawasannya

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2021
06:29 MYT
Tidak setuju elaun dipotong, MP Kepong mahu urus dan salur sendiri kepada penduduk kawasannya
Lip Eng berkata, Kepong adalah tanggungjawabnya sekali gus mahu menyerahkannya sendiri bantuan kepada mereka yang memerlukan di kawasan berkenaan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng tidak bersetuju elaunnya dipotong dan diambil oleh pihak kerajaan sebaliknya mahu menguruskan sendiri kepada mereka yang memerlukan.
Menurut beliau, Kepong merupakan tanggungjawabnya sekali gus mahu menyerahkannya sendiri bantuan kepada mereka yang memerlukan di kawasan berkenaan.
"Kepada sesiapa di Kepong yang hilang kerja semenjak awal tahun dek kerana pandemik ini, hubungi saya.
"Saya akan berikan bantuan kewangan untuk tiga bulan ini. Kita tak tahu berapa lama PKP akan berlangsung. Biar saya tolong kalian di waktu-waktu ini. Selagi saya boleh bantu, saya bantu!" katanya di dalam hantaran di laman Facebooknya.
Terdahulu, beliau dan beberapa pegawainya melawat sebuah keluarga yang hidup di dalam keadaan daif di kawasan Parlimen diwakilinya.
"Sebelum ini, saya pernah bertemu dengan Puan Pooja (bukan nama sebenar). Ketika itu, dia memaklumkan kepada saya bahawa keluarganya memerlukan bantuan, lebih-lebih lagi kini, suaminya tidak lagi bekerja akibat penyakit mata yang dialami olehnya.
"Dalam masa yang sama, Puan Pooja juga perlu menyara tiga orang anak yang masih bersekolah.
"Mereka hilang tempat bergantung selepas suaminya tidak bekerja dan mereka meneruskan kehidupan dengan mengharapkan ihsan dari saudara mara terdekat. Nak cari kerja juga susah kerana sekarang ini kita berada dalam tempoh PKP 3.0," ujarnya.
Memahami keadaan mereka, Lip eng telah menyampaikan bantuan kewangan dan makanan.
"Saya memaklumkan kepada mereka, buat tempoh tiga bulan ini, saya akan memberikan bantuan kewangan untuk membantu meringankan beban mereka.
"Selain itu, saya juga menyarankan Puan Pooja untuk meminta bantuan dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Saya faham situasi sekarang tidak mudah untuk semua orang.
"Percayalah, saya sedang mencuba sedaya upaya saya bagi membantu mereka yang memerlukan di Kepong," katanya.
Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, semua menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.
Menurut Perdana Menteri, wang tersebut akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.
Tegasnya, tindakan itu sama seperti diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas.
Topic Berkaitan
#MARA
#jkm
#PKP
#Amanah
#COVID-19
#Parlimen
#elaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan