KUALA LUMPUR : Tiga bekas Menteri Kesihatan sepakat untuk memberi sokongan kepada kepimpinan baharu kementerian itu bagi mentransformasikan sektor kesihatan negara.
Langkah itu bagi memastikan kebajikan dan keperluan rakyat terpelihara.
Perkara itu dinyatakan Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dan Tan Sri Dr. S. Subramaniam semasa program "Non-Communicable Diseases (NCD) Malaysia, sempena Universal Health Coverage Day Malaysia 2022 di sini pada Selasa.
Jelas Khairy, kajian-kajian dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kertas Putih Kesihatan sebelum ini memerlukan iltizam politik untuk dilaksanakan.
"Banyak kajian telah dibuat, banyak perbincangan telah dibuat, kertas putih hampir selesai dan sekarang ini memerlukan iltizam politik untuk melaksanakannya.
"Sebab itu mesej pada hari ini, kepada kepimpinan baharu di KKM, jangan risau, buat keputusan walaupun keputusan itu very tough decision (sangat sukar). Ini kerana kepimpinan KKM mempunyai sokongan daripada mantan menteri yang ada pada hari ini," katanya kepada media selepas program "Non-Communicable Diseases (NCD) Malaysia, sempena Universal Health Coverage Day Malaysia 2022.
Turut senada, Dr Dzulkefly yang melihat sekarang adalah masa KKM untuk terus bergerak ke hadapan dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.
"Saya kira amat mustahak dalam lanskap politik baharu dalam Kerajaan Perpaduan, sudah tidak ada lagi pilihan kecuali bergerak ke hadapan dengan pelaksanaan.
"Komitmen dan political will iaitu iltizam politik yang diperlukan ini saya kira tidak perlu habiskan lagi waktu kerana kita sudah ada 14 kajian dan ada lagi kajian-kajian lain. Jadi, waktunya telah sampai untuk kita lakukan pembaharuan sektor kesihatan ini kerana rakyat sangat memerlukannya," ujarnya.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, pimpinan baharu KKM sedang meneliti semua intipati dalam Kertas Putih Kesihatan sebelum sebarang langkah seterusnya dilakukan.
Pada masa yang sama, jelasnya, pandangan dan pengalaman tiga bekas menteri kesihatan itu akan diambil kira pimpinan baharu dalam KKM.
Cadangan untuk melaksanakan Kertas Putih Kesihatan dan kajian-kajian yang dilakukan KKM sebelum ini dan dibangkitkan menteri terdahulu akan disampaikan kepada Menterinya, Dr Zaliha Mustafa.
"Saya sudah meneliti apa yang disebutkan oleh Khairy dan Dr Dzul itu. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan melakukan apa yang telah tersedia dan saya akan pastikan menteri menelitinya dan kami dalam proses mendapatkan ruang untuk memahami konteks dalam Kertas Putih Kesihatan itu.
"Seperti juga pengalaman Dr Subramaniam akan diguna pakai sepanjang tempoh ini, bagi membaiki dan menambahbaik sektor kesihatan kita demi kesihatan yang lebih baik rakyat," katanya.
Beliau juga menyambut baik pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar KKM bekerja keras dan mengguna pakai semua kemudahan sedia ada.
KKM kini diterajui Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan dibantu timbalannya, Lukanisman Awang Sauni.
Rahimah Abdullah
Tue Dec 13 2022
Tiga bekas Menteri Kesihatan sepakat untuk memberi sokongan kepada kepimpinan baharu kementerian itu bagi mentransformasikan sektor kesihatan negara. - Gambar Astro AWANI
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Tiga bekas menteri duduk sepentas, sokong pimpinan baharu KKM transformasi sektor kesihatan
Tiga bekas Menteri Kesihatan sepakat untuk memberi sokongan kepada kepimpinan baharu kementerian itu bagi mentransformasikan sektor kesihatan negara.
Tun Samy Vellu meninggal dunia
Bekas Presiden MIC Tun Samy Vellu meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.
MIC ubah cara berpolitik, kekal relevan - Subramaniam
Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk mengubah cara berpolitik sebagai pembangkang.
Kemenangan Pakatan Harapan, akhbar tempatan 'meriah'
Kesemua akhbar tempatan menjadikan berita kemenangan Pakatan Harapan sebagai tajuk utama.
Dr Subramaniam yakin sokongan pengundi Cina meningkat
Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata sokongan pengundi Cina semakin meningkat apabila mereka telah bosan dengan janji palsu parti pembangkang.
Sokongan kaum India lebih baik pada PRU14 - Dr Subramaniam
Keyakinan itu berdasarkan pada maklum balas daripada lebih 800,000 pengundi India di peringkat kebangsaan menerusi pelbagai program dan bantuan yang dilaksanakan.
Kementerian Kesihatan kaji khidmat 'doula'
Kementerian Kesihatan sedang meneliti sama ada khidmat 'doula' (pembantu ketika proses kelahiran) kepada wanita hamil wajar diteruskan atau sebaliknya.
Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi
Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan rasmi menerusi siasatan yang sedang giat dilakukan oleh pihak bomba bagi mengesan punca kebakaran.
#MalaysiaMemilih: Mampukah MCA dan Gerakan bertahan di Johor?
Pada PRU yang lepas, komponen Barisan Nasional di Johor selain UMNO tidak mencatatkan keputusan yang memberansangkan.
Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari
Setiap rakyat Malaysia direkodkan telah terlebih mengambil garam setiap hari, ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.