awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beradik reka cerita palsu untuk dapatkan wang tebusan dari bapa

Bernama
Bernama
05/10/2021
12:32 MYT
Tiga beradik reka cerita palsu untuk dapatkan wang tebusan dari bapa
Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata tiga beradik berumur 25 hingga 32 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 malam.
MUAR: Polis menahan tiga beradik perempuan yang mereka-reka cerita kononnya dikurung, dan kemudiannya meminta wang tebusan daripada bapa mereka sendiri di Pagoh, dekat sini dan Iskandar Puteri, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata tiga beradik berumur 25 hingga 32 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 malam.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mereka yang berumur 66 tahun pada Jumaat lepas yang memberitahu bahawa dia menerima panggilan telefon yang mendakwa anaknya telah dikurung.
"Melalui siasatan polis mendapati ketiga-tiga mereka telah berkonspirasi mereka-reka cerita palsu bagi mendapatkan wang daripada pengadu (bapa). Ketiga-tiganya ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zaharudin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga beradik
#wang tebusan
#Pagoh
#Iskandar Puteri
#Polis Daerah Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan