awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beradik serlah bakat dalam dikir barat, mahu jadi pelapis seni budaya

Bernama
Bernama
28/07/2025
15:30 MYT
Tiga beradik serlah bakat dalam dikir barat, mahu jadi pelapis seni budaya
Mohd Osman, berkata sejak kecil lagi anaknya Ahmad Afnan Khudri, Ahmad Rifqi Rafie dan Ahmad Nawfal Iman sudah berani berdepan dengan khalayak ramai ketika membuat persembahan dikir barat. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Minat mendalam terhadap seni tradisional sejak kecil mendorong tiga beradik dari Kampung Chengal di sini untuk bergiat aktif dalam dikir barat sekali gus membantu memartabatkan warisan budaya Kelantan.
Bapa kepada tiga beradik itu Mohd Osman Mahamad, 39, berkata sejak kecil lagi anaknya Ahmad Afnan Khudri,17, Ahmad Rifqi Rafie,14, dan Ahmad Nawfal Iman,10, sudah berani berdepan dengan khalayak ramai ketika membuat persembahan dikir barat.
"Perkembangan bakat anak-anaknya menjadi lebih terserlah apabila mereka diperkenalkan kepada Poyie Gasi, seorang penggiat seni dikir barat yang membawa mereka ke pentas persembahan dan memperkenalkan mereka kepada masyarakat umum.
"Sejak itu, mereka makin aktif dan menerima banyak undangan untuk melakukan persembahan seperti pada majlis perkahwinan, sambutan hari jadi dan program anjuran jabatan kerajaan.
"Kami sebagai ibu bapa memang beri sokongan penuh, sebab ini minat mereka," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Beliau berkata antara lagu yang sering didendangkan termasuk 'Ubi Lambung', 'Kelantan Bumi Bertuah', 'Segar Angin', dan 'Rindu Hatiku Rindu', malah lagu nyanyian Ziana Zain seperti 'Putus Terpaksa' kerap mendapat perhatian ramai apabila Ahmad Nawfal Iman menyanyikan semula lagu itu dengan gaya dan cara tersendiri.
Sementara itu, ibu mereka Anis Harnita Muhamad, 39, berkata dia bersyukur kerana anak-anaknya menggunakan masa lapang mereka dengan perkara berfaedah dan mampu memperkenalkan budaya negeri ke peringkat yang lebih luas.
"Alhamdulillah, orang ramai pun banyak yang menyokong, beri semangat. Kami harap mereka dapat pergi lebih jauh dan terus angkat martabat seni dikir barat, khususnya dalam kalangan generasi muda supaya warisan ini tidak ditelan zaman," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dikir barat
#generasi muda
#masa lapang
#penggiat seni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan