awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beranak cedera dihempap dinding runtuh

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2023
10:05 MYT
Tiga beranak cedera dihempap dinding runtuh
Kejadian melibatkan mangsa seorang lelaki berumur 35 tahun, wanita, 30, dan kanak-kanak lelaki berumur dua tahun. - Gambar/ Sinar Harian
GOMBAK: Seorang lelaki parah manakala isteri dan anak lelakinya cedera ringan selepas dinding rumah yang didiami mereka runtuh dalam kejadian di Jalan Sungai Pusu, Kampung Pinggiran, di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian melibatkan dinding rumah yang sedang dalam pembinaan.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2.35 petang.
"Kejadian melibatkan mangsa seorang lelaki berumur 35 tahun, wanita, 30, dan kanak-kanak lelaki berumur dua tahun.
"Dinding rumah yang dalam pembinaan dipercayai runtuh sebelum menghempap kesemua mangsa terlibat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, seorang mangsa cedera parah manakala dua lagi mangsa cedera ringan.
"Pihak bomba memberi rawatan awal kepada semua mangsa terlibat sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dinding runtuh
#keluarga cedera
#Gombak
#rumah dalam pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan