PADA tahun ini, kita dapat memperlihatkan bahawa teknologi kecerdasan buatan (AI) telah berkembang dengan sangat pesat sekali, dengan ia diketengahkan oleh syarikat-syarikat teknologi gergasi seperti Google yang memperkenalkannya melalui Gemini. Penggunaan AI generatif dijangka memberi kesan yang cukup besar sekali terhadap perniagaan kecil dan sederhana, syarikat-syarikat besar dan juga pekerja freelance.
Sejak tahun lepas, kami telah melihat ramai pekerja menggunakan perkhidmatan AI generatif melalui Gemini for Google Workspace sejak ia diperkenalkan. Sebagai contoh, ia digunakan untuk membolehkan penulis memperbaiki mutu tulisan dengan penyunting terbina, untuk pereka digital mendapatkan ilham baru dan juga untuk membolehkan mereka yang baru berjinak dengan hamparan elektronik (spreadsheet) untuk menjadi lebih profesional dengan cepat.
Terdapat banyak lagi kes penggunaan di mana AI generatif dapat dimanfaatkan, tetapi apa yang penting ialah teknologi baru ini membolehkan para pemilik dan pekerja perniagaan kecil dan sederhana untuk melakukan tugas-tugas mereka dengan lebih cepat dan cekap, dan memberi mereka lebih masa untuk perkara lebih penting seperti membina strategi perniagaan. Saya percaya bahawa penggunaan AI akan memberi kesan positif melalui tiga cara berbeza:
AI Multimodal Akan Memperbaiki Proses Perniagaan Kecil Dan Sederhana
Pada tahun ini, teknologi AI multimodal dijangka akan diperlihatkan dan digunakan secara lebih meluas. Ini adalah teknologi kecerdasan buatan yang boleh memahami maklumat dan konteks di sebalik teks, imej, audio, video dan lebih banyak lagi tanpa perlu anda menggunakan perkhidmatan kecerdasan buatan berbeza.
Dengan satu perkhidmatan AI, anda boleh melakukan pelbagai jenis tugasan berbeza. Pengiraan lembaran digital boleh dimasukkan kedalam balasan emel dengan konteks perbualan sebelumnya. Data tersebut juga boleh dimasukkan kedalam grafik dan ilustrasi untuk memudahkan pemahaman maklumat.
Perkhidmatan seperti ini dilihat akan memberi manfaat kepada semua jenis perniagaan pada pelbagai saiz, tetapi untuk perniagaan kecil dan sederhana, khususnya di mana pemilik akan dibebankan dengan beberapa kerja berbeza.
Dengan AI, seorang pemilik bengkel motosikal misalnya boleh menerima gambar tentang isu kerosakan motosikal, dan beliau boleh menggunakan AI untuk mengenal pasti kerosakan, dan kemudian memberikan nasihat kepada pelanggan tentang apa yang perlu dilakukan untuk membaikinya.
Perkhidmatan AI seperti ini adalah seperti mempunyai seorang pembantu yang boleh memberikan anda maklumat yang cepat dan tepat di hujung jari. Ia juga membolehkan pemilik syarikat dan para pekerja untuk mengasah mutu komunikasi supaya interaksi diantara pekerja dan pelanggan adalah selari dengan corak komunikasi syarikat.
Syarikat Kecil Dan Sederhana Akan Mengasah Penggunaan Prom Mereka
Di antara perkara yang sering diberikan penekanan apabila menggunakan perkhidmatan AI ialah penggunaan prom. Kepakaran menggunakan prom dalam memanipulasi perkhidmatan AI adalah perbezaan di antara mendapatkan hasil kerja yang biasa dan juga hasil kerja yang spesifik kepada keperluan dan kehendak anda.
Pada tahun 2024, perniagaan dalam apa jua saiz sekalipun, dari perniagaan kecil-sederhana ke syarikat-syarikat global semuanya akan mengasah penggunaan prom mereka sendiri untuk membangunkan kandungan seperti surat berita, kempen pemasaran emel malahan juga balasan perkhidmatan pelanggan yang diperhalusi.
Untuk perniagaan kecil dan sederhana khususnya, kemahiran dalam menggunakan prom AI akan membolehkan mereka mengarang emel ataupun surat berita yang lebih peribadi, ataupun memberi cadangan tentang bagaimana anda patut memberi maklumbalas kepada pelanggan ataupun rakan perniagaan.
Jika anda baru mencuba, ataupun berminat untuk mencuba Gemini for Workspace, ini adalah beberapa tip untuk penulisan prom yang boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik:
* Gunakan bahasa biasa
* Beri prom yang terang dan jelas
* Gunakan konteks
* Gunakan kata kunci yang spesifik
* Pecahkan tugasan rumit ke beberapa prom
Kolaborasi Bersama AI Generatif Akan Menjadi Satu Kebiasaan Di Tempat Kerja
Salah satu perkara yang paling menarik mengenai AI generatif hari ini ialah ia menggabungkan perbualan biasa dengan teknologi perkomputeran yang berkuasa untuk membolehkan pengguna menggunakan percakapan biasa untuk mendapatkan jawapan-jawapan organik.
Ia juga dijangka bahawa kuasa perkomputeran AI akan menjadi lebih baik dari tahun ke tahun, dan pengguna bukan sahaja akan mendapat jawapan yang tepat, tetapi juga akan mendapatkannya dengan kadar yang lebih segera di masa akan datang.
2024 merupakan tahun di mana kita akan melihat penggunaan AI generatif dengan lebih meluas, di mana lebih ramai orang membiasakan diri dengan menggunakan perkhidmatan ini. Penggunaan AI yang lebih meluas ini akan membolehkan para pekerja dan pemilik syarikat untuk memperkenalkan diri mereka dengan cara kerja yang lebih cekap dan proses kerja baru yang tidak diketahui sebelum ini.
AI juga akan lebih pintar dan matang dalam membaca konteks yang diperlukan untuk menjadikan sebuah perniagaan lebih cekap. Akan datang, perkhidmatan ini boleh memberi input kepada perniagaan tentang cara-cara untuk membangunkan strategi pemasaran baru yang paling menguntungkan, ataupun mencadangkan jenis grafik yang patut digunakan dalam pengiklanan dan sebagainya.
Lebih banyak perkhidmatan AI digunakan, ia akan menerima lebih banyak data dan input yang boleh digunakan dalam pembelajaran mesin untuk memperhalusi lagi kemampuan sistem tersebut. Digabungkan dengan perkhidmatan awanan, kuasa perkomputeran AI bukan sahaja akan menjadi lebih hebat, tetapi ia akan mengurangkan kebergantungan terhadap keperluan sistem komputer yang terbaru dan paling berkuasa.
Perkhidmatan AI awanan juga akan tampil dengan maklumat dan kemas kini terbaru, jadi tiada kerisauan mengenai data yang anda terima adalah lapuk ataupun ketinggalan. Selari dengan kebolehan pekerja untuk bekerja di mana-mana sahaja sekarang, perkhidmatan AI awanan juga membolehkan pengguna untuk mendapatkan maklumat dan bantuan digital di hujung jari di mana-mana sahaja, asalkan ada sambungan internet.
Sehebat manapun perkhidmatan AI sekarang ini, ataupun di masa akan datang, dialog paling penting yang perlu berlaku ialah di antara anda, rakan sekerja anda, syarikat dan juga pelanggan-pelanggan anda. 2024 merupakan tahun di mana orang ramai boleh memanfaatkan perkhidmatan AI di dalam perniagaan mereka, dan bagaimana anda menggunakannya adalah bergantung kepada kreativiti anda sendiri.
Penulis Tamu: Patrick Wee, Pengurus Negara, Google Cloud Malaysia
Amanz
Thu Mar 14 2024
Sejak tahun lepas, ramai pekerja menggunakan perkhidmatan AI generatif melalui Gemini for Google Workspace, sebagai contoh untuk membolehkan penulis memperbaiki mutu tulisan mereka. - Gambar hiasan/REUTERS
Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan menjelang SUKMA 2024
Lebih RM200 juta telah digunakan untuk menaik taraf fasiliti sukan di Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Warisan belum buat keputusan jalin kerjasama, kukuhkan parti
Warisan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti nasional dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
17,500 hektar kawasan baharu sawah padi diperlukan
Sarawak perlukan sejumlah 17,500 hektar kawasan baharu dilengkapi infrastruktur penghasilan padi bagi mengeluarkan 392 ribu tan metrik padu untuk mencapai 100 peratus Tahap Sara Diri (SSL) negeri itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, Tawau pada Selasa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kementerian Perpaduan Negara peruntuk RM20 juta perkasa Rukun Tetangga
Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
KKR syor teliti semula tempoh siap projek
Ahmad berkata ia termasuk mempraktiskan amalan terbaik dari negara luar dalam menyiapkan projek pembinaan rumah dan jambatan dalam tempoh singkat.
AI Generatif: Masa hadapan baharu perniagaan, gabungan dunia fizikal, digital
Edisi terkini laporan Accenture meneroka bagaimana teknologi bakal merubah cara masyarakat hidup dan bekerja.