awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga hari hilang, pemancing ditemui terapung di tengah laut

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
22/07/2019
16:21 MYT
Tiga hari hilang, pemancing ditemui terapung di tengah laut
Mangsa dijumpai sekumpulan nelayan dan pasukan penyelamat ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR). - Foto Astro AWANI
Mayat seorang lelaki yang tergelincir dan terjatuh ke dalam laut, 20 Julai lalu ditemui terapung berhampiran Tukun Babau, Pulau Langkawi kira kira jam 10.50 pagi pada Isnin.
Mangsa, M. Anbalangan, 38 tahun dijumpai sekumpulan nelayan dan pasukan penyelamat ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas tiga hari dilaporkan hilang ketika sedang memancing di belakang sebuah hotel berdekatan pantai tengah.
Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata pihaknya menerima aduan awal pada Sabtu daripada rakan mangsa yang menyedari mangsa tergelincir di kawasan berbatu licin sebelum terjatuh kedalam laut.
Tambah Rozali, pihaknya kemudian memulakan operasi carilamat bersama beberapa agensi penguatkuasaan lain termasuk pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sehingga mayat mangsa ditemui.
Mayat mangsa yang ditemui terus dibawa ke pantai tengah kira kira jam 12 tengah hari bagi mendapatkan pengesahan keluarga seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Dalam perkembangan sama, Rozali turut menasihati semua pengusaha dan pelancong yang menjalankan aktiviti laut supaya sentiasa mengutamakan faktor keselamatan semasa beriadah.
Jelasnya, jika berlaku sebarang kecemasan di kawasan laut terutama di perairan Langkawi, pihak berkenaan boleh terus membuat aduan melalui talian MERS 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Kedah/Perlis di talian 05-9662750.
Topic Berkaitan
#ditemui terapung
#M Anbalangan
#Memancing
#operasi mencari dan menyelamat
#Pengarah Maritim Kedah dan Perlis
#pulau langkawi
#tergelincir
#Tukun Babau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan